Chereads / Renjer Malam / Chapter 353 - Pengaktifan

Chapter 353 - Pengaktifan

Habuk terbang dari kain menyebabkan Marvin terbatuk beberapa kali.

Sinaran logan yang cantik ini memang sangat jelas pada waktu malam.

Ini merupakan salah satu hasil pencapaian tertinggi oleh Bangsa Gnome Kuno iaitu Titan Mekanikal!

Boleh dikatakan seluruh Saruha sudah mula tenggelam disebabkan gempa bumi. Slaughterer tidak mempunyai sebarang kuasa ke atas pintu batu itu. Oleh itu dia hanya mampu melarikan diri sahaja!

Marvin mendaki badan Titan Mekanikal sambil memegang kad dan akhirnya tiba di kokpit dalam sekelip mata!

Kad hijau itu dilalukan dan kokpit itu terus terbuka.

Marvin berkerut.

Walaupun Marvin sudah jangka tetapi kokpit yang sempit ini membuatkan Marvin rasa agak sakit hati.

Titan Mekanikal ini dibina oleh Gnome Kuno untuk digunakan oleh Gnome Kuno. Oleh itu kokpit ini mempunyai dua tempat yang akan digunakan oleh dua Gnome untuk mengawal ia.

Tetapi ia memang terlalu sempit.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS