Chereads / Renjer Malam / Chapter 338 - Perintang Roh Jahat

Chapter 338 - Perintang Roh Jahat

Satu tangga kecil muncul di penghujung terowong yang panjang dan sempit ini.

Marvin berhempas-pulas untuk menegakkan badan dan merangkak naik tangga itu. Dia menolak penutup lubang yang berkarat dan selepas itu mereka dapat menghidu bau bangkai yang kuat.

Vampire yang mengikut Marvin itu tidak dapat menahan diri untuk berkerut kerana bau tersebut.

"Ini ialah bekas Kawasan Perumahan Gnome di Saruha?" teka Gwyn.

Vampire ini agak obsess dengan kebersihan. Oleh itu bau bangkai ini menyebabkan dia rasa tidak selesa. Dia tidak dapat menahan diri untuk mendesak, "Kita patut segera melepasi tempat ini."

Tetapi Marvin menggelengkan kepala.

"Ikut aku jika kau ingin melepaskan diri dari Tangan Pucat."

Marvin terus bergerak laju menghala ke dalam Kawasan Perumahan selepas selesai berkata.

Gwyn berkerut tetapi tetap ikut masuk ke dalam.

Terdapat sedikit bunyi yang bergema dari semasa ke semasa di kawasan yang sunyi ini.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS