Enam kelibat itu bergerak serentak dengan gaya yang sama.
Dewa Maut dari Alam Barzakh itu berkerut. Kenapa sangat melecehkan untuk mengutip roh ini?
Anjing Neraka ini boleh kata tiada masalah lagi. Tetapi apa masalah enam kelibat ini?
Kenapa aku tidak dapat mengesan sebarang roh pada mereka?
Enam orang itu tidak kisah tentang bayang putih itu. Mereka berkumpul di sekitar badan Marvin.
Selepas itu ekspresi mereka berubah. "Macam mana dengan rohnya? Adakah ia telah dibawa ke Alam Barzakh?"
Enam orang itu tiba-tiba mendongak kepala dan setiap seorang dari mereka mengeluarkan permata berwarna putih susu!
Hati Dewa Maut umpama terjatuh apabila melihat permata itu.
Itu adalah Permata Penglihatan!
Ada enam pula!
Apa masalah orang ini? Kenapa harta karun berharga seperti ini seperti mudah dikumpulkan?
Dewa Maut mula rasa gelisah.
Dia pasti akan boleh dilihat oleh mereka yang menggunakan Permata Penglihatan itu.