Dewan berdoa di Gunung Eastern Snow runtuh bersama dengan Berhala!
Bunyi deruman yang kuat masih bergema.
Anjing Neraka berjaya melepaskan diri dari bencana. Badan ia mengecut dengan banyak dan segera hilang dari pandangan semua orang.
Kuil ketika ini menjadi senyap sunyi.
Paladin dan Cleric yang masih hidup selepas bencana ini rasa buntu.
Mereka tidak tahu apa yang patut mereka buat pada masa ini.
Ketua Paderi Wanita telah tumbang!
Berhala itu telah tumbang!
Istana Dewa Bayang telah hilang semua harapan.
…
Di Bandar Diraja, perasaan gembira dapat dilihat di mata Nana yang jernih itu.
"Dia berjaya buat!"
Walaupun Nana tetap letak kepercayaan yang tinggi terhadap pengembara alam itu sejak dari mula tetapi Nana tetap rasa tidak percaya apabila Marvin berjaya buat perkara itu.
Jika Puteri rasa tidak percaya, inikan pula bangsawan dan pegawai yang lain itu.