Pertarungan di dalam dewan berdoa ketika ini sangat sengit.
Walaupun Anjing Neraka berhadapan dengan serangan oleh lima puluh Perwira Zealot seorang diri dan ketika ini kekurangan dari segi jumlah orang, ia masih lagi hidupan dari Neraka dan tidak boleh dibandingkan dengan hidupan biasa.
Bulunya juga keras umpama besi. Sabit berat Perwira Zealot memang digunakan bagi menghadapi hidupan yang besar tetapi mereka hanya mampu meninggalkan luka yang kecil sahaja terhadap Anjing Neraka walaupun telah berjuang sedaya upaya!
Mereka kelihatan seperti semut yang tidak gentar menyerang anjing jahat!
Tetapi ia tidak memberikan kesan yang banyak.
Cakar besar Anjing Neraka menampar ke depan sehingga menghancurkan enam Perwira Zealot menjadi longgokan darah.
Dua kepalanya dengan ganas menerkam ke kiri dan kanan untuk menggigit Perwira Zealot sampai mati.
Pada pandangan manusia, giginya yang tajam itu umpama lembing!