Keesokan pagi di bawah Menara Pearl.
Ramai ilmuwan yang berkumpul.
Mereka merupakan ilmuwan yang sedang belajar dari Bandar Knowledege. Mereka berada di sini bukan sahaja disebabkan hari ini merupakan upacara merekod tetapi paling penting sekali mereka telah mendengar berita yang sangat penting:
Pemusnah Alam Marvin yang terkenal itu akan berada di Menara Pearl untuk melihat upacara merekod yang hebat. Selepas upacara ini habis, dia akan selesaikan satu dari tiga misteri agung yang belum diselesaikan itu!
Bandar Knowledge yang tenang ini sudah lama tiada kejadian yang menarik seperti ini.
Memang benar ilmuwan yang belajar ini merupakan orang yang bagus dalam sejarah dan sains tetapi mereka juga penuh dengan sifat ingin tahu.
Mereka ingin melihat apakah teori yang Baron Marvin penuh misteri ini akan berhujah nanti.
Semua orang berkumpul dalam bentuk bulatan pada bawah Menara Pearl yang putih suci ini.