Kelawar tersebut terbang di atas mereka tetapi tidak perlahankan kelajuan dan mendarat.
Satu suara pendek keluar dari mulutnya dan selepas seketika ia terus menuju ke utara.
"Gwyn bukan bodah dan tahu kita ada ramai," Vampire perempuan itu mengejek dan faham tindakan Gwyn itu.
"Apa? Kita hanya ada tiga orang sahaja. Adakah kau ingat dia takut untuk berhadapan dengan kita seorang diri?" Satu cahaya yang pelik terpancar dari mata Karnoth. "Dia membawa kita ke perkampungan kecil kerana takut kita akan kejutkan lebih ramai orang dan merampas Nukleus Darah Padu itu."
"Mari pergi!"
Tiga Vampire dari Pihak Gelap itu bertukar menjadi kelawar dan terus pergi ke utara.
…
Kelibat Marvin muncul secara perlahan di laluan pekan Istana Kuno itu.
Dia masih berbelah bahagi.
Dia sebenarnya datang ke Istana Kuno Tulip untuk Kerongsang Eriksson.
Dia patut beredar dari sini setelah dapatkan harta karun ini.