Sebelum Kolam Magik Alam Semesta musnah dan sekuat mana para dewa sekalipun, mereka tidak boleh menghantar avatar mereka secara terus.
Disebabkan perkara ini juga mereka tidak boleh tunjukkan "keajaiban" mereka di merata tempat melainkan alam kedua dan terpaksa mengembangkan pengikut mereka di sana.
Tidak ramai yang mempunyai kepercayaan terhadap dewa kerana pemerintahan ketat Ahli Sihir yang menjadikan situasi Feinan seperti ini.
Sudah tentu terdapat sedikit mereka yang percaya di kawasan yang tertentu.
Sebagai contoh Dewa Silver dan Dewa Craftsman berbeza kerana mereka tidak perlu tunjukkan keajaiban mereka kerana tetap akan menerima keimanan dari pengikut mereka.
Tetapi kebanyakan dewa tidak dikenali atau dengan ayat yang lebih tepat ialah orang ramai tidak berapa jelas dengan kewujudan mereka.
Ini merupakan sebab kenapa mereka ingin menyerang Kolam Magik Alam Semesta.