Buku Nalu… Walaupun ia hanyalah halaman yang nipis tetapi ia mengandungi kuasa yang tidak terbatas.
Soul Strip hanyalah salah satu Kemahiran Larangan yang mudah dikawal terkandung di dalam Buku Nalu itu.
Tetapi kuasa ini memang sangat bahaya.
Marvin pasti tidak akan gunakan kebolehan larangan ini jika bukan disebabkan dia telah terlalu marah.
Perkataan larangan itu membawa banyak maksud.
Ritual Soul Strip menangkap Raven sebagai hambanya dengan menggunakan kebolehan hebat Buku Nalu untuk mempengaruhi minda.
Marvin sebagai pemilik halaman ke-6 menjadi tuan kepada Raven.
Tetapi cara ini ada harga yang perlu dibayar: Marvin perlu menahan ombak serangan ke atas keazaman dirinya.
Jika Marvin tidak menangkis serangan ini, dia juga akan menjadi hamba kepada Buku Nalu.
Marvin membuat penilaian. Berdasarkan keazaman yang ada pada dirinya, dia hanya mampu mengawal dua hamba sahaja.