Chereads / Renjer Malam / Chapter 257 - Maklumat

Chapter 257 - Maklumat

Dia berpusing ke belakang dan dapat melihat seorang lelaki pertengahan umur yang sedang berdiri di belakangnya.

Dia tidak perasan waktu bila lelaki ini masuk ke dalam!

"Kau…"

Ekspresi Hera ketika ini agak pahit sambil tangan dia memeluk budak lelaki comel itu.

"Cik Hera, aku tidak sangka kita akan bertemu semula dengan cepat."

Marvin mengeluarkan sedikit susu dari bekalan dia dan menyerahkan kepada mereka. "Kau bernama Guy?"

"Budak dengan usia seperti kau perlukan banyak nutrisi."

Guy yang kecil itu merupakan budak yang sangat comel. Dia mempunyai rambut berwarna emas seperti ibunya.

Memang sukar untuk melihat mereka yang berambut emas di tempat yang huru-hara seperti Gunung Rocky ini.

Hera tergamam. Dia tidak menerima susu itu sebaliknya melindungi Guy di belakang.

Ekspresi dia penuh dengan waspada. "Kau… Apa yang kau inginkan?"

Matanya penuh dengan rasa keliru dan panik.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS