Di Dataran Decaying yang tenang, Roh Jahat sedang melakukan tugasan mereka.
Diggles dengan bosan duduk di takhtanya sambil termenung fikirkan sesuatu.
Pengawal di tepinya itu masih senyap. Sejak dia mengikut Diggles, dia tidak pernah melihat Pemerintahnya itu tinggalkan takhta walau setengah langkah.
Dia akan duduk di situ dan tidak bergerak.
Kawasan sekitar takhta itu merupakan kawasan larangan. Jika ada sesiapa yang berani datang dekat, tidak kira walau siapa orang itu, apa yang menunggu mereka ialah kematian.
Roh Jahat tidak mempunyai sikap ingin tahu dah hanya patuh arahan sahaja. Arahan Diggles merupakan perintah yang tertinggi.
Tiada siapa yang berani membantah dia.
Deceiver merupakan yang pertama dalam sejarah.
Tetapi dia bukan Roh Jahat.
"Dia mesti sedang cuba untuk mencari adiknya. Walaupun aku tidak tahu apa yang sudah berlaku, rasanya tidak sukar untuk mencari dia kerana aku sudah tahu tentang perkara ini."