"Dataran Decaying?"
Nada Putera Bayang memang jelas seperti sedang ragu-ragu.
"Aku baru terima sedikit maklumat. Legenda yang kita perhatikan… kawan lama kita yang sudah lama senyap, mula bertindak."
"Puncanya tidak berapa jelas kerana terdapat lapisan kabus yang memisahkan antara Realma Dewa dan Feinan. Tetapi apa yang pasti, mereka akan pergi ke Dataran Decaying untuk melakukan urus niaga dengan Diggles."
Suara itu kedengaran sangat menarik. "Mereka mungkin tidak tahu aku mempunyai laluan rahsia ke Dataran Decaying."
Glynos berkata sambil mengeji, "Laluan rahsia apa? Dataran Decaying terletak di Alam Ghaib dan aku hanya boleh hantar avatar sahaja. Inheim dapat menyekat aku dengan mudah. Lepas penghinaan yang aku terima dulu, aku tidak akan buat untuk kali kedua. Apabila perkara mengenai Kolam Magik Alam Semesta sudah selesai, aku sendiri akan pergi uruskan dia."
"Jangan risau. Kali ini aku pergi dengan kau sekali."