Satu kelibat yang tinggi dan satu kelibat yang kecil sedang bersusah payah mara ke depan di kawasan padang pasir yang tiada penghujung ini.
Terdapat banyak angin yang bertiup dan kaki mereka akan masuk ke dalam pasir setiap kali melangkah, menyebabkan perjalanan mereka menjadi lambat.
Tambahan lagi apabila terdapat budak perempuan kecil di belakang. Mukanya terdapat beberapa luka kecil yang sudah kering disebabkan pasir yang terbang itu.
Boleh nampak dia bergelut setiap kali melangkah.
Tetapi dia tetap bertekad untuk mengikut belakang Marvin tanpa sebarang emosi.
Dari kata-katanya, dia tidak akan rasa ragu untuk membuat apa sahaja yang disuruh Marvin.
Dan Marvin langsung tidak memberikan bantuan kepada dia.
Dia dapat melihat bayang bekas kawan dia pada budak perempuan yang masih ada 18 tahun lagi untuk hidup ini. Perjalanan hidupnya penuh dengan kesukaran, walaupun bagi Marvin.