Keadaan di medan perang tiba-tiba menjadi tidak tentu arah.
Tikaman kuat dari Marvin menyebabkan Ogre lain tidak duduk senang. Beberapa Ogre yang berada di sekitar terus lari dari pertarungan mereka dan datang meluru ke situ.
Mereka ingin melindungi Ogre komander itu!
Ini mengukuhkan lagi penilaian terhadap lelaki tersebut yang dia ialah komander perang. Untuk dua Ogre Legenda pula sama ada Ogre Besi atau Ahli Sihir Ogre, mereka hanyalah ketua sahaja.
Perang merupakan seni. Perbezaan antara mereka yang tahu mengarah orang dan tidak tahu mengarah dapat dilihat dengan jelas ketika di medan perang.
Marvin abaikan Ogre yang lain sambil dua pisau belatinya menikam kejam ke bawah!
"Bang!"
Komander Ogre itu membuat yang terbaik untuk mengangkat belantan gigi serigala. "Clang!" Percikan berselerak di sekitar.
Marvin mengambil kesempatan ketika Ogre itu sedang jatuh.