Apabila dia naik ke pangkat ke-3, level Marvin meningkat dari 10 kepada 13 dan mendapat 2 nilai atribut bebas pada masa yang sama.
Tetapi sekarang timbul satu isu. Ketangkasan dia telah mencapai 25 mata dan dia telah mendapat dua abiliti melepasi kekangan, [Anti-Gravity Steps] dan juga [Flicker].
Boleh dikatakan Ketangkasan yang dia ada ketika ini sudah cukup hebat dan kekangan yang seterusnya ialah 29 Ketangkasan.
29 merupakan nilai batasan atribut bagi semua makhluk rupa manusia. Untuk melepasi batasan ini, seseorang itu terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk meningkatkan level kewujudan mereka.
Salah satu jalan ialah mendapatkan Serpihan Divine.
Marvin telah ada Divinity Palsu yang mengandungi Serpihan Divine dari Ular Kembar Kiamat. Oleh itu tidak menjadi masalah untuk melepasi kekangan 29 mata itu.
Tetapi perkara penting ketika ini ialah Ketangkasan yang dia ada telah melebihi semua atribut yang lain.