Salib Merah!
Ini merupakan tradisi kuno dari Utara. Hanya ada beberapa bangsawan di selatan sahaja gunakan cara ini kerana Persekutuan Ahli Sihir Selatan anggap cara ini terlalu kejam dan tidak bertamadun.
Sekurang-kurangnya dari segi luaran.
Tetapi Marvin tahu Lembah White River ketika ini berada di tengah-tengah pergelutan.
Jika Lembah White River umpama kapal, ketika ini ia sedang dilanda angin ribut besar.
Ia bergantung kepada strategi ketenteraan sama ada dapat melepasi angin ribut ini atau tenggelam.
Dia tahu sejak perintah pembersihan kawasan liar dikeluarkan, kawasan kecil seperti Lembah White River ini sudah menjadi terkenal.
Ditambah pula dengan persembahan yang ditonjolkan oleh Marvin dengan kekuatan dirinya yang semakin meningkat.
Sekurang-kurangnya di Pantai Timur dan sebahagian tempat di Selatan, Baron Marvin merupakan topik hangat pada musim panas ini.