Dalam kegelapan malam, Kepala Syaitan Agung Bermata Tiga ketawa dengan pelik.
Marvin mengetap gigi dengan kuat dan menutup mata. Selepas itu Marvin membuka mata hanya untuk dapat tahu pihak satu lagi telah menghilangkan diri!
"Dia berjaya melarikan diri?"
Marvin terus melihat tingkap log.
Marvin mempunyai tindak balas spontan apabila Kepala Syaitan Agung itu muncul. Ini barangkali ialah ilusi!
Dan semakan keazaman yang muncul di log mengesahkannya.
Ilusi ini lebih kurang sama dengan apa yang berada di bilik rahsia datuknya, tetapi daripada kekuatan itu, boleh diagak musuh itu menjampi dengan tergesa-gesa dan tidak sehebat di dalam bilik rahsia. Oleh itu Marvin dapat melepaskan diri dengan mudah.
Tetapi magik ini memberikan peluang kepada musuh itu melarikan diri.
Walaupun Marvin tidak dapat melihat kekuatan sasarannya itu, tetapi Marvin dapat rasakan musuhnya itu bukan saingan dia.
Ini mungkin berkaitan dengan bentuknya.