Di dalam tempat simpanan kapal yang berbau dan sejuk, seorang gadis memakai gaun sedang berdiri di tepi meja yang diperbuat daripada papan sambil memberi penerangan terperinci.
Ekspresinya sungguh serius dan ayatnya meyakinkan orang. Selepas itu mata mereka yang berada disekelilingnya mula terpancar sinar harapan.
Dua orang pengawal yang tinggi berdiri di sebelahnya dan melihat dengan rasa berjaga-jaga di sekeliling sambil tangan mereka berada di hulu pedang.
Jika ada sesiapa yang berani untuk tidak hormat pada Cik Lola, mereka ini akan terus menghapuskan orang itu.
Sebenarnya hanya tiga per empat di dalam ini ialah hamba. Baki satu per empat lagi ialah kelasi kapal!
Mereka merancang secara rahsia untuk melakukan satu perkara yang besar, rancangan untuk menggulingkan Kapten George.
Dan Cik Lola pula kunci kejayaan mereka.
…