Dalam bilik menunggu di tingkat dua istana.
Seorang gadis yang memakai gaun biru sedang duduk di tepi tingkap, sambil matahari yang menyinari menerusi tingkap itu mendedahkan pemandangan Lembah White River yang indah.
"Pemandangan yang sangat cantik, betul tak?" Satu suara lemah lembut bergema di belakangnya.
Senyuman terpapar di muka Bamboo.
"Maaf buat kau tunggu lama." Marvin yang telah menukar pakaian kepada pakaian rasmi mula datang dekat. "Secara jujur, kau memang berikan aku kejutan besar."
"Hidup penuh dengan kejutan besar seperti ini."
Dia masih melihat pemandangan di luar tingkap. "Ia sama seperti ketika keluarga aku beritahu pada aku bulan lepas, yang aku perlu berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah aku jumpa."
"Aku juga sangat terkejut ketika itu. Walaupun aku tahu diri aku ini hanyalah catur bagi keluarga aku untuk mengukuhkan kuasa mereka, tetapi aku masih lagi panik apabila hari ini tiba."