Tunang!?
Marvin hampir terjatuh daripada kerusi selepas mendengar perkataan itu.
Apa yang sudah berlaku?
Sejak bila dia ada tunang?
"Anna, jika situasi seperti ini… kenapa tidak laporkan perkara ini dahulu?"
Marvin rasa pelik. "Kau patut tahu salasilah keluarga kami, daripada Datuk aku kepada Ayah aku, selepas itu aku dan Wayne."
"Lembah White River tidak mempunyai hubungan rapat dengan bangsawan lain… Macam mana pula aku boleh ada tunang?"
Anna mengangguk. "Memang betul seperti itu."
"Tetapi wanita itu agak berbeza."
"Tambahan pula kata-katanya menyebabkan aku tidak mampu untuk menghalau dia."
Marvin tidak dapat menahan diri daripada berkerut. "Apa yang kau maksudkan?"
Anna menarik nafas dengan dalam sambil melihat Marvin sebelum membalas, "Dia cakap perkahwinan ini bukan diaturkan oleh ayah atau datuk kau. Ia sebenarnya diaturkan oleh moyang kau."