"Gargoyles mempunyai rintangan yang tinggi terhadap sihir dan kebanyakan serangan fizikal, tetapi…"
"Senjata tumpul membuatkan serangan kerosakan menjadi dua kali ganda!"
Informasi ini berlegar di minda Marvin.
Ini sahaja cara untuk menguruskan Gargoyles ini. Dalam bala tentera ini hanya kesatria Gereja Silver seperti Gordian sahaja akan membawa tukul suci sebagai salah satu senjata mereka.
Kesatria lain menggunakan tombak bagi yang menunggang kuda dan pedang dua tangan bagi mereka yang ada di tanah.
Hanya Paladin dari Gereja Silver akan membawa tukul suci sebagai tambahan kepada pedang besar mereka.
Tukul suci yang merupakan senjata tumpul, mampu membuatkan Gargoyles cedera teruk. Dan serangan oleh Paladin ini tidak lemah. Dengan kerjasama itu, pertahanan barisan pertama Gargoyles telah berjaya dimusnahkan.
Semua Gargoyles mula menggigil apabila diserang tukul sebelum akhirnya terjatuh ke tanah.