Orang yang tersenyum pelik dalam lukisan itu mula menjadi herot-berot.
Walaupun begitu mereka hanya mampu melihat api menjilat badan mereka!
Ini kerana mereka telah terperangkap di dalam lukisan itu. Lukisan itu melindungi mereka tetapi pada masa yang sama juga memerangkap mereka.
Dan api dari Madeline boleh terus menembusi pertahanan mereka dan membakar badan utama sekali.
Dalam sekelip mata, semua lukisan telah hangus terbakar kecuali lukisan Gadis Tidak Berkepala kerana di dalam ia sudah kosong.
Kedengaran jeritan yang menyedihkan. Ia umpama orang ramai yang mati kerana dijilat api.
Askar-askar terus rasa bersemangat.
Ekspresi Madeline tidak berubah ketika dia berkata, "Benda jijik."
Marvin mengejek dalam hati, "Memang tidak salah untuk katakan Roh Jahat itu jijik tetapi Madeline mempunyai darah keturunan abyssal. Mengata orang tetapi diri sendiri juga sama."