Madeline memang punca datangnya masalah.
Marvin dapat rasakan orang yang Madeline kumpulkan di luar Bandar River Shore itu banyak yang meminatinya.
Terdapat juga beberapa bangsawan dari wilayah jajahan datang meluru untuk membantu dengan membawa banyak kesatria keluarga mereka.
Tetapi mereka ini langsung tidak dipandang oleh Madeline.
Sebaliknya Marvin yang tidak dikenali itu yang mendapat jemputan untuk menunggang di dalam kereta kuda dinaiki Madeline!
Ini menyebabkan ramai yang cemburu.
Marvin cuba mengelak daripada menjadi tumpuan. Tetapi dia melihat semua orang yang ada di sini, kebanyakan dari mereka boleh dikatakan lelaki yang tidak berguna.
Mereka tidak akan mendatangkan masalah pada Marvin.
Dia ingin tahu rancangan Madeline. Oleh itu dia tanpa rasa ragu terus masuk ke dalam kereta kuda itu.
Madeline memetik jari sambil tersenyum.