Chereads / Renjer Malam / Chapter 150 - Kemahiran Origami

Chapter 150 - Kemahiran Origami

Marvin dapat rasakan Owl pada saat ini lebih baik berbanding semasa di bilik perbincangan.

Dia melihat ekspresi Marvin dengan rasa teruja tetapi tiada rasa jengkel dan tidak puas hati semasa bersama kumpulan Constantine sebelum ini.

Pencuri Bayang selalu muncul dan hilang secara tiba-tiba. Dia tidak pernah bertemu Pencuri Bayang Legenda pada masa lalu dan hari ini kali pertama mereka bertemu.

"Mungkin terdapat orang yang lebih menyusahkan dari Peramal di dunia ini," Marvin membalas secara samar-samar.

Dengan tidak dijangka Owl mengangguk. "Memang betul, Peramal merupakan orang yang terlalu yakin. Mereka sangka boleh melihat masa depan tetapi masa depan bukan semudah yang difikirkan."

"Masa depan yang dilihat kini boleh berubah tidak sampai sesaat kerana satu perbezaan."

"Masa depan merupakan dunia yang tidak menentu. Peramal hanya mampu melihat satu sudut dunia itu."

Hati Marvin rasa seram sejuk.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS