Pada waktu petang, berita kepulangan Lord Marvin bersama dengan sebelas lembu emas tersebar di seluruh wilayah itu.
Mengikut kata-kata mereka yang ada di tempat kejadian, setiap lembu emas itu mampu memuntahkan makanan yang tidak terkira banyaknya.
Hanya Lord Marvin seorang sahaja yang mampu membuatkan lembu itu memuntahkan makanan menggunakan teknik misteri.
Setiap rumah yang berdekatan dengan istana menerima makanan yang banyak dari pengawal sebelum hari menjadi lewat malam seakan merahmati khabar angin itu.
Makanan ini cukup sehingga musim luruh.
Marvin ada membuat pengumuman bagi petani yang tinggal agak jauh akan menerima bekalan makanan tidak lama lagi.
Tidak lama selepas itu, semua penduduk di Lembah White River menjadi teruja.
Isu paling besar berkenaan dengan makanan itu telah diselesaikan oleh Lord Marvin dengan begitu sahaja!