Marvin telah memperoleh banyak barang dalam bilik bawah tanah Kumpulan Acheron ini.
Selepas menghalau keluar penari yang tidak tahu-menahu itu, dia pun dengan pantas mengambil semua harta Diapheis. Dia dapat mengambil harta itu selepas menghapuskan beberapa perangkap mudah. Paling penting sekali adalah wang.
Dia menjumpai enam beg dompet kecil yang dipenuhi perak, setiap satu sekurang-kurangnya berisi 100-200 keping perak dan juga beg berisi barang kemas. Mengikut kemahiran akaunnya, permata ini bernilai sekurangnya beribu-ribu keping perak sekali imbas. Dia hanya perlu mencari tempat yang sesuai untuk menjualnya.
Perkara yang paling penting, dia telah menjumpai peti simpanan rahsia di bawah katil Diapheis.
Di dalam peti simpanan rahsia itu terdapat beg hijau berwarna hijau agate yang mengandungi 26 keping emas di dalamnya! Ini adalah emas ahli sihir tulen yang biasa digunakan sebagai matawang di bahagian selatan.
26 keping emas bersamaan dengan 26000 keping perak!
Seingat memori Marvin, cukai yang dikutip pada tahun lepas dalam wilayah ini hanyalah 2000 keping perak sahaja.
Mengetuai kumpulan samseng tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan. Wang ini mesti datang dari sumber lain.
Malangnya Diapheis telah mati. Kekuatan dia di luar jangkaan menyebabkan rancangan Marvin untuk menangkapnya hidup-hidup tidak berjaya.
Tetapi, apabila dia ingin beredar pergi dengan perasaan yang kesal, dia mendapati wajah yang dikenali di dalam bilik kecil.
Terdapat seorang lelaki muda yang berbadan kecil dan dalam keadaan yang teruk. Ketika Marvin menjumpainya, dia dalam keadaan tidak sedarkan diri di lantai.
Seorang penari yang pakaiannya telah dikoyak pun berada dalam bilik itu dengan perasaan penuh ketakutan. Dia menyorok di celah sudut dan melihat dengan wajah penuh ketakutan ke arah Marvin dan Isabelle yang memecah masuk.
Budak perempuan kecil itu mengenalinya.
Dengan bantuan Isabelle, Marvin dan penari tersebut berbual pendek dan dia diberikan beberapa keping perak sebelum berlalu pergi.
"Memang malang nasib kau...Ketika kau ingin merogol dia, penari itu telah menolak sehingga kepala kau terhantuk di bucu meja menyebabkan kau pengsan. Nampaknya kau masih hidup lagi. Tidak silap aku nama kau ialah Farmar yang merupakan sepupu tuaku."
"Farmar ini anak kedua pakcik Miller, yang tidak disangka berada di bilik bawah tanah Kumpulan Acheron. Nampaknya identiti dalang yang merancang dapat diagak."
Mata Marvin penuh kedinginan sambil menyerahkan salah satu beg kecil kepada Isabelle.
"Ini adalah bahagian kau. Rasanya ianya cukup untuk kau membawa mak kau pergi berjumpa Paderi Gereja Silver."
Budak perempuan muda itu menggeleng kepala, "Aku tidak dapat menggukan wang sebanyak itu. Aku juga tidak membantu kau ketika kau berlawan."
"Kau adalah petunjuk jalan yang bagus. Ini adalah hak kau yang patut kau miliki." Marvin tersenyum. "Pergi bawa emak kau berubat dan cari tempat yang selamat."
"Dan kemudian?" Isabelle bertanya, "Bagaimana dengan kau? Encik Bertopeng."
"Banyak perkara lagi yang perlu aku uruskan." Marvin pun merenung ke arah sepupunya yang pengsan itu sambil meneruskan berkata, "Jika kau dan emak kau tiada tempat untuk dituju, kalian boleh datang ke Lembah White River satu bulan kemudian dari sekarang. Ketua di sana akan membawa kamu masuk.
"Bukankah Lembah White River telah tumbang kepada kumpulan gnoll? Budak perempuan kecil itu tidaklah jahil dengan perkara yang berlaku di dunia luar.
Warna merah tua matanya semakin pekat.
Marvin mengesyak ada sesuatu mengenai budak perempuan itu tetapi dia tidak mempunyai masa. Banyak perkara yang dia perlu selesaikan segera. Untuk mengenal pasti adakah dia betul atau silap mengenai budak perempuan itu akan dibuat kemudian.
"Ianya akan berubah pada bulan depan." Marvin pun mengusap kepala budak perempuan itu lagi. Pergi, berhati-hati dan jangan menarik perhatian."
Isabelle pun tertawa riang sambil mengambil beg kecil itu dan menyimpannya. "Baik!" Dia pun melihat Marvin sekali lagi sebelum beredar pergi dari bilik bawah tanah itu.
Marvin pun melihat ke arah Farmar yang pengsan itu dan menyepaknya.
Lelaki yang malang ni pun berteriak kecil dan tersedar perlahan-lahan.
"Siapa kau? Mana perempuan jalang itu? Celaka, Diapheis bekerja untuk aku." Farmar pun mengamuk selepas tersedar.
Marvin pun menyepaknya sekali lagi.
Badan Farmar yang selalu meminum wain dan bermain dengan perempuan yang lemah itu terbang selepas disepak.
"Berani kau…"
Sebelum Farmar sempat habis bercakap, Marvin telah memijak perutnya dan dengan kejam berkata,"Nampaknya kau masih tidak sedar situasi kau sekarang. Aku sudah bunuh Diapheis. Lagipun selepas ini, Kumpulan Acheron hanya akan tinggal dalam kenangan sahaja. Aku nampak kau berpakaian mewah, oleh sebab itu aku rasa kau bukan salah seorang dari mereka. Aku ada soalan untuk kau."
"Kau boleh pilih untuk jawab atau tidak," dia menambah sambil bermain dengan kerambitnya.
Farmar terus ketakutan, menggigil. "Jangan bunuh aku! Aku boleh beri berapa sahaja yang kau nak!"
"Kau boleh tanya yang lain! Ayah aku sangat kaya dan mempunyai vila di kawasan orang kaya. Lagipun tidak lama lagi kami akan memiliki wilayah dan akan menjadi semakin kaya. Berapa sahaja kau nak aku boleh bagi! Jangan bunuh aku!"
Marvin pun bertanya lagi, "Wilayah? Adakah kau bangsawan?"
Farmar dengan pantas mengangguk, "Walaupun aku bukan bangsawan sekarang, tetapi ia akan terjadi tidak lama lagi! Asalkan budak bangsat itu mati, ayah aku akan mewarisi Lembah White River. Dia dah merasuah pegawai Bandar River Shore dan secara senyap menukar status gelaran bangsawan kepada dirinya bukanlah menjadi satu masalah. Lagipun kami asalnya memang dari waris tersebut. Ayah aku Miller adalah asalnya adik kepada Tuan Lembah White River."
"Ini bermaksud kau dan Kumpulan Acheron bekerjasama untuk membunuh budak bajingan itu?" Marvin bertanya untuk kepastian.
Farmar menelan air liur dan mengangguk. "Betul, budak itu dah merampas wilayah yang patut dimiliki kami. Kami hanya mengambil semula hak kami. Jika kau musuh Diapheis, tolonglah jangan bunuh aku, hubungan kami hanya rakan perniagaan sahaja! Betul, asalkan kau membebaskan aku, kau boleh meminta seberapa banyak wang yau kau mahu dan aku akan berikan kesemuanya. Jangan bunuh aku!"
Marvin pun dengan senyap melihat tetingkap cabaran yang telah dikemaskini, dan menggeleng kepala. Nampaknya dalang yang sebenar adalah pakciknya sendiri yang pulang secara mengejut selepas menjadi kaya.
Selepas menyelesaikan 1 cabang cabaran, 100 nilai pengalaman am muncul di tingkap statistk Marvin. Pada masa yang sama, cabang cabaran kedua muncul [Balas Dendam].
[Balas Dendam]: Selepas anda mendapat tahu siapa dalang yang sebenar, anda perlu berhempas pulas untuk membalas dendam. Dia pasti akan menghalang kamu untuk merampas balik wilayah kamu selagi dia berada di Bandar River Shore. Ini adalah persaingan untuk merebut keuntungan bagi kedua-dua pihak. Walaupun kamu mempunyai pertalian darah, dia tidak akan ragu-ragu untuk mengapa-apakan kau. Mungkin kau perlu bertindak dahulu.
Ganjaran cabaran yang diterima adalah 500 nilai pengalaman am, agak lumayan.
Sebenarnya, jika tiada cabaran ini, Marvin tetap akan mencari pakciknya yang bermasalah itu. Cuba membunuhnya dengan hati yang hitam, Marvin tidak akan membiarkan dia terlepas begitu sahaja.
…
Melihat marvin menggeleng kepalanya, Farmar pun mulai panik, "Aku tidak menipu kau! Aku memang betul boleh membayar wang yang banyak!"
"Mungkin aku tidak mahukan wang kau." Marvin pun membuka topengnya perlahan-lahan.
Farmar pun terkaku memandang. "Bagaimana boleh...kau...bagaimana…" Diapun terduduk.
"Kadang aku berfikir, kenapa manusia begitu kejam, sanggup melakukan begitu walaupun kaum kerabat sendiri? Marvin pun bertanya, "Mungkin kau boleh beritahu jawapannya? Wahai sepupuku."
Keberanian Farmar yang datang entah dari mana membuatkan dia berdiri perlahan-lahan!
"Kau Marvin! Buat aku takut sahaja. Kau ingat dengan memegang pisau belati boleh membuatkan aku takut. Bajingan, aku tak takut dengan kau lah!"
Marvin pun berundur setengah langkah, dengan Farmar yang tersenyum kejam berdiri dan meluru ke arahnya.
"Kau patut sudah mati! Lembah White River adalah milik aku!"
Woosh. Satu sinar terpancar dan kepala pun bergolek.
"Kasihan dia…"
Marin pun menggeleng kepala, dan beredar dari bilik bawah tanah itu. Dia pun pergi meninggalkan Bar Pyroxene dalam kegelapan malam.
…
Keesokan paginya, berita mengenai kemusnahan Kumpulan Acheron telah sampai ke seluruh penguasa kecil dan besar di Bandar River Shore.
Bagi dua pasukan pula, mereka terselamat kerana telah dihantar untuk menemteramkan keadaan. Mereka pun diserap ke kumpulan samseng yang lain tidak lama kemudian.
Semua orang berkata yang Kumpulan Acheron telah membangkitkan kemarahan seseorang yang tidak patut dikacau, seseorang yang mempunyai kuasa kemahiran pelawan hebat yang menggunakan kerambit berkembar dan memakai topeng.
Dia bersendirian menghapuskan majoriti ahli elit samseng Acheron dalam waktu semalaman, menunjukkan kekuatan yang menakjubkan.
Sejak itu, lagenda [Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng] tersebar di seluruh kawasan Bandar River Shore.
Di dalam vila di kawasan orang kaya di Bandar River Shore, seorang lelaki yang berisi dan berusia lingkungan pertengahan menunjukkan raut wajah yang pucat seperti kertas.
Di dalam dewan di atas, kain kapan menutup tempat usungan di lantai.
"Tuan Miller, Tuan Muda Farmar, dia…"
Lelaki tua yang penuh kedutan di wajah menggunakan tongkat yang dibawanya untuk melihat di sebalik kain kapan tersebut, wajahnya terus bertukar dingin.
"[Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng]...? Miller pun menggenggam penumbuk. "Bandar River Shore tidak pernah ada orang ini sebelum ini. Mungkinkah dia musuh Diapheis?"
"Bolehkah kita keluarkan pemburuan ganjaran?" Orang tua itu bertanya.
Miller berkerut sebelum menggelengkan kepala, senyap seketika dan berkata sambil mengetap gigi, "Pergi cari orang [Labah-labah Bayang], aku mahu pembunuh anak aku dikerat."
"Juga, pergi hantar orang mencari budak Marvin itu. Selagi dia di Bandar River Shore, aku tidak akan gagal untuk mencarinya."
"Aku tidak sabar untuk membuat anak buah aku bertemu ayahnya."
…
Keadaan di Bandar River Shore agak tegang ketika ini tetapi Marvin telah lama beredar meninggalkan bandar pada waktu awal pagi.
Staminanya kembali pulih selepas berehat semalaman. Dia pun meninggalkan bandar selepas membeli beberapa barang keperluan, dan keluar menghala ke arah barat laut. Dia perlukan masa sekurang-kurangnya seminggu untuk pulang semula.
Miller akan menemui ajal pada waktu dia kembali.
Keupayaannya sekarang masih tidak mencukupi. Walaupun dia secara bersendiri menghapuskan Kumpulan Acheron, Miller bukanlah mudah untuk dihadapi.
Dari maklumat yang dia peroleh, sekurang-kurangnya terdapat dua orang pengembara pangkat ke-2 yang mengawal di vila Miller.
Inilah kelebihan menjadi orang kaya.
Asalkan kau cukup kaya, mesti ada orang yang kuat sanggup bekerja dengan kau. Vila Miller juga mempunyai sepasukan kecil askar upahan yang biasa diupah untuk perniagaan tetapi digunakan sebagai askar persendirian. Dia telah merasuah Majlis Perbandaran.
Ingin membunuhnya? Bukanlah semudah yang disangka. Marvin perlukan masa untuk melakukan persiapan dan juga meningkatkan kekuatan dirinya.
Dia pergi arah utara menghala ke gunung kecil di Dewan Mountain Range. Gunung itu tidak berpenghuni untuk sekian lama dan ramai orang telah melupakannya apa yang berada di situ.
Tetapi Marvin ingat.
[Scarlet Monastery] merupakan salah satu instances jarang ditemui yang berada di persekitaran Bandar River Shore.
Sekumpulan hamba scarlet telah menawan kawasan ini, tambahan pula, seorang lich yang gagal untuk mencapai tahap ketuhanan juga bersemayam di sana.