Berbalik kepada keadaan di gunung salji, kedua-dua belah pihak saling merenung antara mereka.
Bergner memang dalam keadaan yang tidak menguntungkan. Selepas Marvin menyelamatkan Wayne dan melepaskan diri dengan perisai, Bergner telah ditinggalkan berseorangan untuk berhadapan dengan dua orang dari Menara Thunder itu.
Pelindungnya telah dipancung oleh Marvin walaupun dia masih tidak tahu tentang perkara tersebut.
"Hey, dengar sini." Bergner berpusing untuk pergi ke arah mereka, "Bukankah Keluarga Unicorn hubungi aku sebelum ini?"
"Tetapi kau menolak kami." Lelaki itu yang bercakap manakala Celina hanya berdiam diri di situ.
"Aku setuju sekarang," Bergner berkata dengan senyuman paksa.
"Kita ada musuh yang sama. Dua budak dari Menara Ashes, betul tak? Bukankah lebih bagus jika kita berpecah?"
Dia dengan perlahan-lahan bersedia untuk untuk berundur.