Charge?
Nampak sangat serangan palsu!
Dalam sekelip mata Marvin terus membuat keputusan.
Ruang di puncak tidak luas dan Pelindung ini merupakan antara yang terhebat. Mustahil dia bodoh.
Marvin dapat mengelak dengan ketangkasan yang tinggi dari Charge Pelindung tersebut. Jika itu berlaku, Pelindung tersebut mungkin akan terjatuh dari puncak kerana momentum yang ada.
Sebab itu Charge ini serangan palsu.
…
Dalam sekelip mata, Marvin telah berfikir semua dan badan dia terus bertindak!
Pelindung memang melecehkan! Tetapi jumlah Pelindung dia telah bunuh mencapai tiga angka.
Dia tidak mengeluarkan pisau belati tersebut sebaliknya terus menerjah kepada Pelindung itu.
Pihak lawan terus terkejut seperti tidak menjangka reaksi Marvin akan sepantas itu. Renjer itu dapat melihat serangan palsu yang dilancarkan dalam sekelip mata.
Jarak di antara mereka berdua semakin dekat dan akan bertembung tidak lama lagi!