Chapter 816 - Tukar Sasaran

Dalam permainan, walaupun pemain bercakap menggunakan mulut mereka, itu semua simulasi daripada realiti. Sebenarnya, semua itu dizahirkan dengan membaca gelombang otak. Maksudnya, kelajuan pergerakan pemain, kadar tindak balas, dan pergerakan badan terhad mengikut minda manusia. Ia bergantung kepada kebolehan pemain keluar daripada had permainan siber. Pendek kata, semakin pantas seseorang berfikir, semakin pantas dia boleh membaca jampi.

Wei Yan Er mendapat satu ilham sehingga matanya terbeliak. Dia mendengar nasihat Zhang Yang dan cuba menjadi lebih pintar daripada "otak"nya sendiri. Ia pada mulanya sukar kerana semua orang sudah biasa bercakap dengan mulut sejak lahir. Jadi, selain seseorang itu memang penyanyi pantas seperti Jay Chow atau Eminem, dia hanyalah manusia biasa. Bagi mendapat kelajuan, seseorang perlu berlatih. Ia semudah itu. Nasib Wei Yan Er baik kerana hanya mempunyai tempoh bertenang selama 30 saat. Dia boleh berlatih sepuas hati.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS