Trio Lipas yang Tidak Boleh Dibunuh mampu berjalan keluar dari dungeon sambil berjalan mendada dengan megah dengan bantuan Cheng Xue Yao. Mereka telah mengatakan, ia tidak menjadi hal kepada mereka untuk hilang EXP mereka kerana ia hanya bernilai seharian kerja. Malah, mereka hanya berkata demikian untuk mendapatkan impresi yang baik daripada Cheng Xue Yao.
Sebaliknya, SuikaToro benar-benar berasa kecewa. Dia berada di Tahap 99 dan hampir mencecah Tahap 100. Dia sangat hampir untuk memijakkan kaki ke dalam Dunia Huru-hara! Bab yang seterusnya dalam permainan ini! Justeru, dia menahan malunya, berfikir dengan dalam tentang perkara ini dan menyedari dia tidak ada desakan untuk bertaruh. Jika dia mampu memenangi hati gadis menawan itu dengan taruhan, dia akan berhabisan-habisan untuknya. Namun, pada ketika itu, ia sudah terlambat untuknya. Lama-kelamaan, SuikaTaro telah berputus asa dan telah menggunakan [Skrol Rentas Jarak] untuk meninggalkan dungeon.