Tiga orang pemain kelas Baju Perisai membaling dadu untuk mendapatkan peralatan itu. Peralatan pertama itu telah dimiliki Han Ying Xue. Sebaik sahaja dia memperolehinya, dia cepat-cepat memakainya untuk mencuba. Akan tetapi, topinya sebelum ini lebih cantik berbanding topi tersebut. Jadi, dia memilih untuk menunjukkan rupa topinya sebelum ini. Namun, apabila dia menukar topi baru itu dan mamakainya, dia terlupa untuk menutup fungsi menunjukkan rupa topi yang dipakainya itu. Tiba-tiba, ada seorang gadis bergaya pelik yang nampak seperti gargoyle putih yang berdiri di hadapan mereka semua. Semua roang tertawa kuat melihat rupa aneh topi tersebut.
"Kak, kita patut buat banyak-banyak topi ini dan pergi rumah apartmen lama kita dan takutkan semua orang malam-malam!" Mata Wei Yan Er mula bercahaya sekali lagi. Setiap kali dia terfikirkan rancangan jahat pelik, matanya akan bercahaya seperti itu. Dia memang suka benda pelik-pelik.