Liu Wei tidak dapat mengelak daripada berasa seram sejuk apabila dia melihat betapa bengkaknya muka Penentu Maut.
Liu Wei sendiri pernah mengalaminya sebelum ini apabila dia cuba merampas satu bos daripada Amarah Membara. Itu salah satu benda paling memalukan! Jika Penentu Maut turut gagal menewaskan Zhang Yang, adakah orang lain yang mampu melakukannya? Adakah orang lain yang mampu menewaskan Zhang Yang dalam pertarungan Satu lawan Satu?
Persoalan itu hanya mampu dijawab oleh Zhang Yang sendiri. Dia tahu siapa orang itu: Sun Xin Yu!
Hanya Ratu bayangan itu sahaja yang boleh memberi ancaman kepada Zhang Yang. Sebagai seorang Pencuri, dia boleh memasuki Mod Stealth dan berselindung sambil mendekati Zhang Yang. Dengan mengaktifkan