"Kau hendak lawan!? Jom kita lawan!"
13 orang ahli Asap Gurun Terpinggir tadi gagal mengawal perasaan mereka selepas porovakasi Penentu Maut dan terus menyerangnya beramai-ramai.
"Wah! 1 lawan 13?!"
"Jika mati dibunuh pemain lain, semua mata pengalaman akan hilang!"
"Berani betul lelaki itu! Dia boleh hilang salah satu peralatannya!"
"Inilah yang aku panggil keberanian sekental keluli!"
Pemain yang menonton mula berborak. Sorakan dan tepukan mereka ditujukan buat pemain yang berani. Sudah tentu penonton akann bersorak untuk Penentu Maut dalam situasi itu. Liu Wei dan ahli persatuannya seronok melihat pertunjukan itu.