Satu-satunya tindak balas yang sesuai dengan tindakan kejam Liu Wei ialah dengan mengutuk dan menyumpahnya dalam diam. Tiada apa-apa yang mereka boleh lakukan. Jika teguran tegas boleh menyelesaikan masalah, mengadakan debat boleh menyelsaikan apa-apa sahaja masalah dalam dunia ini.
Zhang Yang perlu melakukan benda lain buat masa ini lalu dia mengabaikan perkara tentang Liu Wei untuk sementara waktu. Zhang Yang menunggang ke istana. Apabila dia tiba di sana, dia menyedari kerosakan tempat itu tidaklah begitu teruk berbanding dengan sepertimana dia meninggalkannya. Walaupun ia masih belum dapat dibangunkan semula sepenuhnya, bumbung istana tersebut telah dibina semula.