Bulatan Rentas Jarak telah diaktifkan. Zhang Yang tiba di Istana Winst dalam sekelip mata.
Sebaik sahaja dia keluar dari Dewan Rentas Jarak, dia nampak Han Ying Xue bergegas berlari ke arahnya. Sebelum sempat dia membuka mulut untuk bertanya, dia nampak Messick, NPC menjengkelkan yang suka merengek itu, mengejar punggung gadis yang montok itu!
Dia tergelak kerana berasa terhibur, "Salji jahat, kenapalah kau suka mengurat sana sini dan tarik perhatian makhluk pelik-pelik macam ini?"
Zhang Yang muncul untuk menyelamatkan Han Ying Xue sebaik sahaja dia ternampaknya. Dia cepat-cepat berlari ke belakang Zhang Yang dan menggunakannya sebagai perisai manusia lalu berkata, "Daya tarikan aku ini terlalu kuat! Sampaikan NPC boleh tergoda melihat aku! Yu dungu, tolong selamatkan aku!"
Messick menunjukkan raut wajah tidak sabar sambil merenung Zhang Yang, "Wahai, kuda hodoh! Sila ke tepi sementara lelaki budiman seperti aku ini mengejar Cinta Sejati!"