"Argh ---" Han Gemuk tiba-tiba menjerit seperti gadis lemah yang baru sahaja menyaksikan kematian ibu bapanya di hadapan matanya sendiri. Jeritannya begitu sayu.
"Kau ini kenapa, gemuk! Kenapa kau tiba-tiba menjerit macam binatang yang hendak mengawan! Bos ini belum cucuk punggung kau lagi!" Zhang Yang bertanya sambil tertawa. Mereka berdua memang selalu bergurau dengan satu sama lain begitu.
"... Bos ini sudah mati, tapi tak ada gugurkan hasil rampasan!" Han Gemuk berteriak keberangan.
"Bos ini belum mati lagilah… Oh, maksud kau Cazacrol, ya?"
"Ya! Kita baru sahaja tewaskan bos gred Mitos, tapi tak ada apa-apa pun yang digugurkan! Haram jadah betullah! Ini satu guarauankah!" Han Gemuk sangat berang kerana dia berasa seperti segala susah-payahnya hanya sia-sia.