Tanpa membuat dia menunggu, pengawal itu datang semula dan menjemput Zhang Yang masuk ke dalam istana."Sila ikut saya. Ratu ingin berjumpa dengan kamu."
Pengawal itu memimpin Zhang Yang ke dalam istana dan tiba di perpustakaan yang indah. Terdapat dua pengawal berdiri di luar perpustakaan di mana pengawal-pengawal ini berperingkat Elit dan tahap mereka hanyalah ditulis tanda soal lalu memberitahu Zhang Yang secara tidak langsung tahap mereka 20 tahap lebih tinggi daripada tahap Zhang Yang.
"Tuanku, pelawat daripada Lagguda telah tiba," kata pengawal itu dengan penghormatan yang sangat tinggi.
"Benarkan dia masuk." Suara Shaenita berbunyi dari dalam perpustakaan.