"Cari gua itu!" jerit Zhang Yang ketika pasukan mereka tiba di Puncak Salji. "Bos berada dalam gua yang dipanggil Gua Angin Musim Sejuk!"
Pasukan itu berpecah dan mula mencari gua. Semua bersetuju untuk berkumpul semula selepas sesiapa menjumpainya.
Ada seorang perempuan bodoh yang berjalan tanpa arah, tetapi bernasib baik. Dia berjaya menjumpai gua itu dahulu.
"Aku sudah jumpa!" Han Ying Xue berjaya menjumpai gua selepas 20 minit dan mengumumkan penemuannya dengan gembira dalam saluran pasukan.
Semua orang segera bertemu di tempat Han Ying Xue berada dan ternampak pintu masuk gua yang besar dan dalam. Apabila pasukan ingin memasuki gua, mereka terbau angin yang membawa bau busuk yang sangat kuat sehingga membuatkan sesiapa yang terhidunya terus jijik.
"Bleh! Bau apa ini! Ia baru seperti telur tembelang yang dibalut dalam sarung kaki yang berbau!" jerit Wei Yan Er sambil dia menutup hidungnya.