Gu Jun menetapkan pendiriannya, berdiri tegak, dan berkata-kata dengan jelas. "Biro Keselamatan Awam ialah tempat di mana keadilan ditegakkan! Kami hanya akan menerima kebenaran dan bukti, bukannya memilih kasih!"
Selepas ucapan pendek Gu Jun itu, semua orang terus berbelah bahagi!
Gu Jan ingin melindungi Zhang Yang. Itu memang jelas terbukti. Namun kenapa?
Siapa Zhang Yang dan bagaimana Gu Jun boleh sanggup menyinggung anak perempuan Ketua Daerah dengan mengambil alih kes ini sebegitu sahaja!? Dia sepatutnya sedar yang bapanya merupakan ketua daerah dan berkedudukan lebih tinggi dan berkuasa berbanding Gu Jun!