"Makan! Makan!" Zhou Kang Ming cuba untuk meredakan suasana tegang itu.
Dia perlu menggunakan cara yang nampak bersahaja kerana dia tidak ingin dilihat memalukan Zhang Yang secara terang-terangan. Kalau berlebihan...
Kedua-dua Zhang Yang dan Han Gemuk merupakan kaki gaduh pada ketika dahulu. Malah, guru tidak ingin campur tangan dalam hal mereka! Sekarang ini, Zhou Kang Ming fikir lebih penting untuk berhati-hati. Tidak berbaloi bergaduh disebabkan perkara ini!
Ketika itu, suasana di meja itu telah menjadi dingin dan kekok. Selain daripada bunyi pinggan, tiada sesiapa yang ingin mulakan perbualan.
"Aku boleh cakap, yang paling berjaya dalam kelas ini merupakan Zhao Kang Ming dan Han Guang, bukan?" Kata Liu Qi Ming memecahkan keadaan sunyi. Liu Qi Ming yang duduk bersama mereka memulakan topik perbualan apabila melihat semua orang hanya pandang makanan sahaja.