Keesokan harinya, apabila Zhang Yang log masuk ke dalam permainan video, Han Ying Xue dan yang lain-lain telah sedia berkumpul serta menanti panggilannya untuk bergerak ke Tingkat Satu, Istana Centaur lantas melakukan grind dan meningkatkan tahap mereka.
Mereka memang mempunyai penambahan 100% mata pengalaman ketika itu, tetapi jika mereka tidak mempunyai kesan yang bagus itu sekalipun, tempat yang mempunyai bilangan raksasa jarak dekat yang terlalu banyak di situ tetap sesuai dan strategik untuk serangan berkumpulan dan penarafan mereka! Memandangkan laluan masuk ke lembah itu sangat tersembunyi, pemain biasa tidak akan dapat menjumpai kawasan itu sekiranya mereka tidak mempunyai pemanduan arah cabaran yang berkaitan dengan tempat tersebut.
Namun, lain pula ceritanya jika mana-mana pemain jatuh curam seperti apa yang terjadi kepada Lamunan Dafodil dan Cahaya Bintang Abadi!