Zhang He Yuan berharap dia boleh jatuh pengsan ketika itu. Jadi, dia akan dapat mengelak daripada berdepan dengan renungan Ma Wu Shi yang sangat menakutkan seolah-olah akan mengeluarkan laser! Zhang He Yuan merupakan seorang pegawai veteran yang mempunyai tubuh badan dan kesihatan yang bagus. Sukar pula baginya jatuh sakit sebegitu sahaja!
Dia menebalkan muka dan menerangkan perihal antara Sun Xin Yu dan Ma Hang. Dia mengambil langkah bijak dengan mengabaikan perkataan yang Ma Hang telah gunakan seperti "perempuan tak guna" dan "perkosa dia". Dia kemudian menceritakan segalanya tentang cubaan Ma Hang untuk mengurat Sun Xin Yu yang akhirnya ditolak dan bagaimana dia mendapat luka di kepalanya.