Ah! Membazir! Zhang Yang hanya dapat memperolehi 2,000 syiling emas!
Zhang Yang mengeluh kecil. Dia ingat dia mampu mendapatkan ganjaran yang lebih sebelum mereka berputus asa. Namun, disebabkan mereka telah menebus cabaran, tiada apa yang dapat dilakukannya. Zhang Yang menyeru tunggangannya dan menunggangnya ke Kedai Barangan Kecil. Dari jauh, kelihatan lebih kurang 20 orang pemain di dalam kedai yang sedang melihat barang-barang yang ada.
"Boleh tahan." Zhang Yang mengangguk.
Di luar kedai terdapat beberapa orang nerda sedang mengelilingi Natalia. Mereka berterusan menghujaninya dengan beberapa soalan. Natalia menjawab setiap pertanyaan dengan dingin. Gayanya yang bersahaja dan tidak peduli dengan sekelilingnya sangat mengagumkan. Dia mampu membuatkan sekumpulan nerda yang kesunyian itu jatuh hati kepadanya di jalanan.
Haih…kasihan betul. Dengan NPC pun mereka mahu mengurat!
Beep!