Chereads / MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda / Chapter 77 - Kuda Perang Berangka!

Chapter 77 - Kuda Perang Berangka!

Pencerobohan Vanguard. Namanya tersendiri sudah menunjukkan keupayaan kemahiran itu membuatkan penjampi mengambil risiko untuk melindungi ahli pasukan yang lain!

"Dengan kemahiran ini, kadar kemandirian hidup pasukan akan meningkat secara mendadak!" Ratusan Tembakan menjadi teruja. Dia juga sebahagian daripada pasukan itu. Jika ada yang perlu dilakukan untuk memperbaiki kecekapan kumpulan, sudah tentu dia berasa sangat gembira!

"Tetapi, tank noob ini sudah tentu akan mati!" keluh Si Salji, "Nampaknya ada kerja lebih untuk aku lakukan lagi!"

"Tidak mengapa, boleh dipelajari apabila aku telah capai Tahap 30. HP aku tidak akan menurun begitu banyak apabila aku mengaktifkan kedua-dua kemahiran ini serentak!" Zhang Yang berkata sambil tersenyum.

"Hmph! Aku harap begitulah!"

Walaupun mereka telah mengutip empat item daripada mayat itu, memandangkan ia kematian pertama Shurian, masih terdapat banyak item yang boleh diperolehi daripadanya!

[Cincin Pertahanan Sempurna] (Perak Kelabu, Cincin)

Vitality: +12

Kekuatan: +8

Peralatan: 20 mata atribut Pertahanan akan diberi bagi setiap yang berjaya. Kesan boleh bertindih sehingga tahap maksima ialah 5. Bertahan selama 30 saat.

Keperluan Tahap: 30

"Mengagumkan… Bagaimana peralatan Perak Kelabu boleh menjadi begitu berkuasa?" Han Gemuk merenung cincin itu dengan matanya terbuka luas. Keluli Hitam dan Tembaga Hijau hanya mempunyai atribut bonus sembarangan, tetapi kesan istimewa peralatan Perak Kelabu sangat kuat!

"Sebab itulah peralatan merupakan asas untuk menjadi seorang pemain profesional!" Nama cincin itu sendiri menunjukkan ia khas untuk tank. Zhang Yang mengambil cincin tersebut memandangkan tiada sesiapa dalam pasukan yang sesuai untuk memakainya. "Tetapi, jika ditakdirkan aku berlawan dengan kau, aku boleh mencabut semua peralatan aku dan menggunakan satu senjata sahaja untuk melawan kau!"

"Haha! Pandang rendah pada aku huh!" kata Han Gemuk.

[Mantel Berangka] (Perak Kelabu, Mantel)

Vitality: +10

Kekuatan: +10

Kesan diperoleh: Meningkatkan 2% kadar kritikal.

Keperluan Tahap: 30

Biasanya, seorang Pemburu tidak sesuai menggunakan peralatan yang mempunyai kekuatan asli. Zhang Yang tidak melontar dadu dan membiarkan Drizzler memiliki mantel itu. Malangnya, walaupun telah menerima harta rampasan pertarungan mereka, mereka masih tidak mencapai tahap yang diperlukan untuk menggunakan semua peralatan tersebut.

[Kepingan Peta Harta Karun (II)] (Perak Kelabu)

Kegunaan: Cantumkan ketiga-tiga bahagian [Kepingan Peta Harta Karun] dan dapatkan sebuah [Peta Harta Karun Lengkap].

"Biarkan aku mendapatkannya!" Zhang Yang berkata, "Aku ada [Kepingan Peta Harta Karun] I and III bersama aku, jadi aku dapat melengkapkan sebuat peta harta karun yang lengkap!"

Keempat-empat mereka tidak melontar dadu dan Zhang Yang telah menerima [Kepingan Peta Harta Karun]. Dia segera menggunakan item tersebut dan bar perkembangan muncul di sisi. Dua saat kemudian, tiga bahagian [Kepingan Peta Harta Karun] lenyap dan sebuah peta harta karun yang lengkap telah terbentuk.

[Peta Harta Karun Perak Kelabu ]: Anda telah membaca dan mengkaji banyak peta dan akhirnya telah merungkai rahsia peta harta karun ini. Harta karun tersebut terletak di Lembah Roh Sesat.

Selepas membuka peta harta karun, sekeping kertas kulit yang lama telah muncul. Terdapat tanda "X" di bahagian atas kanan peta dan sudah tentu, di situ tempat di mana letaknya harta karun tersebut.

"Aku tertanya-tanya apa yang berada di dalam peti harta karun itu." Seperti biasa, Drizzler sangat menyukai apa sahaja yang berkaitan dengan peti harta karun.

Zhang Yang dengan bersahaja menukar peta harta karun itu dengan Drizzler dan berkata, "Kalau kau hendak tahu, cari sendiri!" Kadang-kadang pemain boleh mendapatkan barang yang bagus daripada peti harta karun atau adakalanya tersangkut di dalam perangkap yang dipenuhi raksasa atau kesan status.

"Okey, okey!" Drizzler segera mengambil alih peta harta karun itu. Dia sangat gembira sehingga tersenyum sampai ke telinga.

"Yang Kecil, kau berat sebelah! Tetapi , demi tumbesaran Loli, aku menyukainya!" Han Gemuk tersalah cakap.

"Mereput dalam nerakalah, Gemuk!"

Han Gemuk perlu dibelasah supaya dia menjadi lebih berdisiplin.

"Itu sahaja?" Zhang Yang bertanya apabila dia nampak Drizzler berhenti membuka bangkai itu.

"Itu sahaja!" Drizzler menggeleng kepala.

"Ada sesuatu yang tidak kena. Bangkai ini sepatutnya menghilang selepas semua harta rampasan diambil. Kau mesti ada tertinggal sesuatu!" Zhang Yang mencangkung dan menyentuh bahagian bawah bangkai Boss.

Ekspresi muka Zhang Yang tiba-tiba berubah.

"Apa yang berlaku?" tanya semua ahli pasukan.

"Aku rasa… Kita dapat durian runtuh!" Zhang Yang tidak dapat menahan rasa teruja dan menunjukkan benda yang berada di tangannya. Pada masa yang sama, tingkap Balingan Dadu muncul di pelayar setiap orang.

[Tali Kuda Perang Berangka] (Tunggangan)

Kegunaan: Mengajar anda untuk menyeru Kuda Perang Berangka.

Keperluan Tahap: 30

Item akan terikat selepas digunakan.

Ia sebenarnya menurunkan sebuah tunggangan!

Kelima-lima mereka saling memandang antara satu sama lain. Setelah mereka terdiam seketika, mereka terus bersorak dengan kuat.

Tunggangan Bos merupakan sesuatu yang amat jarang berlaku dan setiap orang berharap untuk memilikinya! Semua orang tahu kadar penurunan tunggangan sangat sedikit iaitu 1 dalam sejuta. Walaupun mereka bersorak untuk item yang turun, tiada seorang pun terfikir yang tunggangan tersebut akan muncul!

"1 dalam sejuta, dan di sini dia muncul! Tuah yang sukar dipercayai!" Zhang Yang berbisik.

"Untung besar!" Mata Han Gemuk sudah dikaburi dengan tuah yang tidak disangka-sangka.

Tiba-tiba mereka terdiam. Disebabkan ia tunggangan yang jarang ditemui, semua orang betul-betul mahukannya tetapi tiada siapa yang berani meminta orang lain supaya menyerahkan tunggangan itu kepada diri mereka sendiri.

Zhang Yang berfikir masak-masak dan berkata, "Tunggangan ini sangat unik dan aku faham semua orang mahu memilikinya. Oleh itu, tiada seorang pun yang dibenarkan untuk melepaskan balingan dadu mereka. Setiap orang perlu membuat balingan dadu dan tunggangan itu akan menjadi milik orang yang mendapat nombor tertinggi! Kita perlu berlaku ini dengan adil dan saksama! Kita berada dalam satu pasukan! Aku tahu kadar penurunan tunggangan istimewa ini amat rendah, tetapi selagi kita dalam pasukan yang sama, kita boleh mengejar bos yang lain! Siapa tahu? Pada masa itu, kita mampu menunggang naga, burung phoenix ataupun harimau!"

"Ya! Kita satu pasukan!"

Semua orang sedar selagi skuad itu cukup kuat, mereka masih ada peluang untuk mendapatkan item yang jarang didapati!

Mereka berlima bergilir-gilir melontar dadu.

Si Salji, 97 Mata.

Drizzler, 12 Mata.

Ratusan Tembakan, 58 Mata.

Han Gemuk, 44 Mata.

Zhang Yang, 100 Mata!

"Tak guna! Yang Kecil! Kau gunakan semua tuah kau di dalam dunia ini untuk balingan ini!" air liur Han Gemuk meleleh keluar semasa bercakap.

Zhang Yang tersenyum. Dia tidak begitu kisah akan tunggangan tersebut memandangkan pemain Tahap 100 boleh mendapatkan Tunggang Terbang. Pada masa itu, siapa yang masih mahu menunggang tunggangan biasa nanti?

Dia telah meletakkan syarat yang tunggangan itu akan menjadi milik orang yang membuat balingan nombor tertinggi dan tidak dibenarkan untuk memberi tunggangan tersebut kepada orang lain. Oleh itu, dia hanya menerima tunggangan tersebut kerana tidak mahu melanggar peraturannya sendiri.

Jika ahli pasukan yang lain tahu apa yang Zhang Yang sedang fikirkan, mereka mungkin, paling baik pun, memukulnya cukup-cukup.

'Tak guna, sepatutnya kau serahkan tunggangan tersebut kalau kau tidak mahukannya!'

Bangkai bos lenyap dengan pantas dan mereka berlima telah melengkapkan pengembaraan dengan penamat yang gembira.

"Yang Kecil, kau perlu segera dapatkan Tahap 30, jadi kau boleh bawa aku berpusing-pusing di Ibu Kota sekurang-kurangnya sepuluh pusingan untuk menunjuk-nunjuk!" kata Han Gemuk sambil mengesat air mata dan menyedut hingus.

Zhang Yang memujuknya dan berkata, "Mungkin bos akan jatuhkan tunggangan lagi pada masa yang lain!"

"Dalam mimpi!" Ketika ini, mereka berempat memberi sorakan 'boo' kepada Zhang Yang beramai-ramai. Biar betul dia rasa sangat mudah untuk menurunkan tunggangan luar biasa?

Mereka berlima mengoyakkan [Skrol Rentas Jarak] serentak dan pulang ke Istana Jed Putih. Kemudian, mereka meneruskan perjalanan ke Pergunungan Dataran Awan untuk menentang Unduin, Si Penderita.

Zhang Yang dan gadis-gadis itu telah membunuh Unduin sebelum ini menggunakan peranti pepijat muka bumi, tetapi mereka merahsiakannya daripada ahli pasukan yang lain. Mengapa mereka perlu berkongsi taktik mereka kepada orang lain sedangkan mereka boleh membunuhnya dalam diam dan menuntut ganjaran untuk diri mereka sendiri?

Batu besar yang menjadi kelemahan umpamaTumit Achilles kepada Unduin masih berada di situ. Walau betapa berkuasa Unduin pun, dia tidak dapat melarikan diri daripada takdir. Mereka berlima bekerjasama dan membunuh Unduin kurang daripada sepuluh minit.

Namun begitu, disebabkan Unduin ditewaskan buat kali kedua, penurunan menjadi lebih sedikit daripada sebelumnya. Buku kemahiran yang sangat dicemburui oleh Drizzler dan Han Gemuk tidak muncul. Kadar dapatan buku kemahiran itu lebih tinggi berbanding {Tali Kuda Perang Berangka}], tetapi ia masih tidak muncul di sini!

Tuah Zhang Yang sangat bagus dan dia memperolehi sarung tangan Perak Kelabu.

[Penumbuk Penyesalan] (Perak Kelabu, Baju Perisai Berat)

Pertahanan: +12

Vitality: +24

Kekuatan: +12

Ketangkasan: +4

Keperluan Tahap: 20

Zhang Yang memakai sarung tangan dan atribut asasnya meningkat.

[Pemain: Zhan Yu]

Tahap: 23

HP: 2,140

Vitality: 127

Kecekapan: 48

Pertahanan: 76

Tuah: 4

Kerosakan Jarak Dekat: 362-384

Kadar Kritikal: 11%

Serangan Bertuah: 0.4%

Semasa semua orang sudah selesai, jam menunjukkan sudah hampir pukul 7.00 petang! Zhang Yang segera membubarkan pasukan dan meminta setiap orang untuk makan malam dan berehat. Selepas perbincangan ringkas, Zhang Yang mengumumkan sesuatu di dalam saluran persatuan: Serangan Makam Bangar Mode Palig Sukar akan dilakukan pada pukul 9.00 malam. Seperti biasa, sesiapa yang mempunyai mata sumbangan tertinggi di dalam persatuan akan diberi keutamaan untuk menyertai serangan.

Selepas membuat pengumuman, dia mengambil keputusan untuk keluar daripada permainan.

Ketika perlawanan boss, pemain yang paling tertekan ialah tank disebabkan dia tidak boleh berlaku cuai. Tambahan pula, Zhang Yang perlu memberi arahan kepada pasukan dan ia lebih memenatkan.

"Aku perlu cari seseorang yang boleh mengarah dan mengetuai pasukan pada masa akan datang. Jika tidak, aku akan kepenatan melakukan dua tugas sebagai tank dan memberikan arahan." Zhang Yang menghabiskan bekal makanan tengahari dan berbaring di atas sofa. Dia meletakkan kaki di atas meja kopi dan menikmati teh panas dengan gembira.

Zhang Yang tidak suka merokok, tetapi dia gemar minum teh. Oleh sebab itu, Han Gemuk mengatakan Zhang Yang berkelakuan seperti seorang lelaki tua.

Dalam kehidupan lepas, komander terkenal boleh ditemui di dalam persatuan yang kuat. Barangkali, mereka mesti telah dilatih dari tahap rendah dan menjadi pemain utama persatuan. Oleh itu, membuatkan keadaan lebih sukar untuk memujuk mereka menyertai pasukan Zhang Yang.

Kelihatan Zhang Yang perlu melatih seorang komandernya sendiri.

Antara empat ahli pasukan di dalam skuad, Drizzler tidak sesuai untuk menjadi komander kerana dia berfikiran cetek dan kurang sabar. Zhang Yang tidak mahu Si Salji menjadi komander kerana tugas seorang penyembuh sama susah seperti tank, jadi ia akan menjadi beban kepada gadis itu untuk menjadi seorang komander. Han Gemuk pula, walaupun dia telah banyak peningkatan, dia tidak berbakat untuk mengetuai pasukan. Mungkin dia boleh mengetuai pasukan untuk peperangan pengepungan, tetapi bukan untuk serangan dungeon. Seorang komander perlu mempunyai pemerhatian yang teliti, mampu membuat pengiraan, memberi motivasi kepada ahli pasukan dan boleh membahagikan ganjaran dan hukuman dengan adil. Malangnya, Han Gemuk tidak ada semua itu!

Ratusan Tembakan? Dia tidak cukup bersemangat. Jika dia mengetuai pasukan, pasukan akan menjadi tidak bermaya. Jika dia mengetuai pasukan dan berjaya membunuh bos sekalipun, ahli pasukan akan berpecah setelah beberapa pusingan sahaja.

Tidak mudah untuk melakukannya!

Zhang Yang berehat sebentar dan dia log masuk pada pukul 9.00 malam. Sama seperti semalam, Zhang Yang mengetuai pasukan dan Si Salji mengetuai pasukan satu lagi. Walau bagaimanapun, Si Salji dan ahli pasukannya tidak mahu berlawan dengan Zhang Yang di pusingan ini.

Apabila kerosakan kemahiran AoE mereka digabungkan, Drizzler, Han Gemuk, dan Ratusan Tembakan lebih kuat daripada Zhang Yang! Namun, tank mana yang sekuat Zhang Yang untuk melakukan kaedah Semua Sederet?

Dalam serangan dungeon ini, Zhang Yang berhati-hati membuat pemerhatian terhadap persembahan ahli pasukannya. Dia menghantar mesej peribadi beserta pujian kepada mereka yang menunjukkan persembahan yang bagus. Mereka lebih teruja selepas berbual dengan Zhang Yang.

Siapakah Zhang Yang? Dia seorang lelaki berkuasa yang mendapat penyelesaian pertama Serangan Dungeon Mod Paling Sukar tiga kali berturut-turut. Siapa yang tidak gembira selepas mendapat pujian daripada seorang yang sangat berkuasa?

Zhang Yang perasan akan fenomena yang berlaku dalam persatuan. Dia sedar yang tahap kelajuan ahli pasukan sangat bagus. Kebiasaannya, seorang pemain di antara Tahap 11 ke Tahap 20 akan memerlukan satu atau dua hari untuk meningkat satu tahap, tetapi ada sebilangan kecil yang mendapat dua tahap sejak semalam. Mereka ternyata sangat berminat dengan Sarang Marzerway.

Selain itu, XP persatuan yang telah meningkat kepada 29% merupakan sesuatu yang paling bagus.

  1. Kata nama yang berasal daripada bahasa Jepun yang digunakan untuk menggambarkan seorang gadis bawah umur dan genit.