Shing! Shing!
Bunyi besi kedengaran apabila kala jengking gergasi berwarna merah itu mengetip sepitnya.
Fuuh! Ia tiba-tiba bergerak ke arah Zhang Yang.
Shush!
Kedengaran pula bunyi hayunan sepit yang membelah udara kerana serangannya tidak mengenai tubuh Zhang Yang.
Zhang Yang dengan segera berundur beberapa langkah dan mengelak daripada terkena sepitnya itu. Namun, belum sempat dia bertenang seketika, dia dapat merasakan akan ada serangan seterusnya daripada bos itu. Gerak hatinya membuatkan dia terus mengaktifkan
Tiba-tiba, dia ternampak sebuah bayangan menyerupai sebatang lembing yang melayang di udara dan disasarkan ke arahnya. Itu ialah ekor kala jengking merah tersebut yang disasarkan ke arahnya.
'
'-117!'
'-234!'
Cara Zhang Yang menggunakan
Selepas Guranda menukar rupanya kepada seekor kala jengking gergasi, serangannya menjadi lebih kuat dan ganas seperti tank labah-labah dengan kaki yang diperbuat daripada besi. Walaupun Zhang Yang terus bergerak sepantas kilat, dia tidak dapat bertahan dengan serangan 3 serangkai bos tersebut. 2 sepit dan 1 ekor mungkin terlalu banyak untuk dihadapi. Dengan
"Bos ini kuat!" Han Gemuk meraung.
"Tolonglah. Semua bos kuat. Ini pula bos Lapangan. Ia tidak mempunyai had penyertaan. Kita boleh mempunyai jumlah pemain tanpa had yang cuba mengenakan serangan ke atasnya. Sesetengah bos boleh dibunuh dengan hanya seorang pemain sementara yang lain-lain memerlukan hingga 10, 100, atau 1000 orang pemain. Bos seperti itu memang tinggi tahapnya!" Zhang Yang membalas walaupun dia sedang berada dalam pertarungan.
"Kalau ini berada dalam dungeon sebenar, berapa ahli pasukan yang mungkin diperlukan?" Han Gemuk bertanya kerana dia ingin tahu.
Zhang Yang menghadang satu serangan dan mengelak satu lagi serangan sebelum dia dapat memberi jawapan.
"Dalam anggaran lebih kurang 5 hingga 10 orang!"
"Ish! Aku pun boleh teka itu." Drizzler berkata.
Sedang mereka berbual, satu cahaya merah yang aneh mula menyinari jasad bos itu.
Belum sempat Zhang Yang berkata apa-apa, hatinya tergerak untuk mengaktifkan
'Ding! Guranda, Si Sesumpah telah menggunakan
'-472!'
'
Pang! Pang! Pang!
Kedua-dua Zhang Yang dan Drizzler mengalami lebih kurang 500 mata kerosakan daripada raksasa yang berpusing itu. Mereka bernasib baik kerana serangan itu hanya menyebabkan kerosakan jenis fizikal dan boleh dikurangkan dengan nilai baju perisai mereka. Namun, walaupun setelah mata kerosakan itu dikurangkan, serangan itu masih terlalu kuat!
"Kakak! Pulihkan aku! Aku hampir mati ini! Ah~~" Drizzler gagal mengawal dirinya dan mula memanggil kakak sepupunya.
Si Salji tidak bertindak balas dengan membuta-tuli. Dia sebaliknya membuat pertimbangan dengan cepat dan menjampi
4 saat kemudian, kemahiran bos itu terhenti dan ia hanya menumpukan serangannya untuk memotong Zhang Yang dengan sepitnya.
Drizzler telah menerima lebih kurang 1,900 mata kerosakan daripada bos itu. Namun, mereka bernasib baik kerana Si Salji terus memberi sokongan seperti jampi
Zhang Yang pula lebih kuat dan kurang bergantung kepadanya. Zhang Yang memang mempunyai pertahanan sedia ada yang kuat. Zhang Yang mempunyai kemahiran pasif pengurangan 20% nilai kerosakan dan apabila digabungkan dengan 70 mata nilai Pertahanannya, dia hanya menerima 330 nilai kerosakan daripada nilai kerosakan asal 500. Dia berjaya menghadang serangan pertama dan tidak memerlukan penyembuhan memandangkan dia hanya terkena 3 serangan terus yang berjumlah 1,000 mata kerosakan. Jika dibandingkan dengan serangan bertalu-talu yang dia berjaya atasi, ia seperti satu luka kecil. Apabila ditolak daripada 1,900 HPnya, ia agak parah, tetapi masih tidak memerlukan penyembuhan segera
Jika mereka mempunyai seorang penyembuh selain Si Salji, dia mungkin akan panik dan serta-merta memulihkan tank utama dengan membuta-tuli dan bukannya memberi sokongan yang tahan lama dan panjang kepada tank utama itu yang akhirnya akan menyebabkan semua ahli pasukan terbunuh. Maka, jika penyembuh tersebut melakukan perkara sebegitu dan hanya memberi keutamaan kepada tank utama dalam situasi ini, Drizzler sudah tentu akan terbunuh!
Bos itu agak kerap menggunakan
Haiwan peliharaan Pemburu sebaliknya terbunuh serta-merta kerana mereka tidak sempat memanggil haiwan mereka semula.
25%, 20%, 15%...
Kuasa serangan pasukan itu sangat hebat hingga mereka berjaya menurunkan HP bos itu seperti sebuah runtuhan salji.
"Hmph! Bos bodoh! Gadis kecil ini akan menghancurkan kau hingga menjadi cebisan kecil!" Drizzler berteriak. Serangannya agak menarik perhatian. Dia melompat sambil menghayun sebatang lembing panjang di tangannya dengan gerakan yang anggun dan hebat serta berdepan dengan kerosakan pada masa yang sama.
5%, 4%, 3%, 2%, 1%!
"ARGH…" Apabila palang HP Guranda menurun dan hampir habis, jasadnya berubah kembali menjadi dwarf, bentuk asalnya. Sebelum ia melarikan diri, ia menjerit dalam ketakutan, "M-Manusia! A-Aku akan kembali satu hari n-nanti!"
Dengan suku kata terakhir itu, Guranda berlari dan masuk semula ke dalam bulatan ajaib itu dan lenyap dengan satu sinaran cahaya hitam. Ia menggugurkan peti Batu di tempat ia melenyapkan diri.
"Jahanam! Kita tak berjaya bunuhnya!" Han Gemuk berlari ke altar dan meneliti bulatan ajaib itu sekali lagi.
"Bolehkah kita menyerunya sekali lagi dan serangnya habis-habisan?" Han Gemuk berpusing dan bertanya kepada ahli pasukannya.
"Okey! Okey! Aku setuju! Kita boleh dapatkan satu lagi peti harta karun!" Dengan hanya memikirkan kemungkinan yang mereka akan mendapat wang, Drizzler menjadi bersemangat untuk bertarung lagi dengan bos itu.
Han Gemuk kemudian menggigit jarinya sekali lagi dan memasukkan titisan darahnya ke dalam mangkuk tersebut.
1…2…3 saat berlalu.
Han Gemuk menunggu selama 30 saat lagi, tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Malahan angin juga tidak bertiup.
"Apa ini…" Han Gemuk terpinga-pinga. Dia cepat-cepat berpusing dan ternampak Zhang Yang yang sedang menahan gelak. Han Gemuk terus tahu yang dia telah diperdaya. Dia merengus, "Yang Kecil!"
Gelak Zhang Yang semakin ketara. "Bos itu tak mati, tetapi mengikut tetapan cerita, ia telah berjaya dibunuh. Kalau tak, kenapa pula ada peti harta karun itu!? Peti harta karun itu menyamai bangkainya! Mengikut kadar kemunculan semula bos Tembaga Hijau dalam sistem biasa ini, kalau kau masih mahu seru ia kembali ke sini untuk bertarung lagi, kau perlu tunggu selama dua hari!"
"JAHANAM!" Han Gemuk berang. "Jadi, kenapa kau tak hentikan aku tadi!?"
"Aku saja nak bergurau. Kau masih tiada apa-apa kalau kehilangan beberapa titisan darah, bukan? Anggap saja kau sedang menurunkan berat badan!"
"Bedebah!"
"Baiklah. Buka peti itu, kita masih ada tiga tingkat bos lagi yang perlu ditewaskan!" Ratusan Tembakan cepat-cepat menenangkan Han Gemuk.
Si Salji dan Drizzler berat hati asalnya, tetapi akhirnya berjaya dipujuk untuk membuka peti tersebut.
[Hiasan Kepala Sesumpah] (Tembaga Hijau, Baju Perisai)
Pertahanan: +1
Kegunaan: Membenarkan anda menyamar sebagai salah satu watak berikut. 1, Dwarf. 2, Harimau Tulang. 3, Kala jengking. Bertahan selama 5 minit. Tempoh bertenang: 10 minit.
Keperluan tahap: 20
"Ha! Seronoknya! Ini menyeronokkan! Aku mahukannya! Beri pada aku!" Drizzle terus meraung seperti budak kecil.
"Tak guna! Ini peralatan yang agak menarik! Aku pun mahukannya!" Han Gemuk turut berteriak.
"Abang miang, kau itu sudah tua, kenapa kau hendak ambil mainan kanak-kanak? Kau tak tahu malukah?" Drizzler mengherdiknya.
Disebabkan itu, Han Gemuk terus naik berang hingga mukanya merah padam.
"AKU CUMA 5 TAHUN LAGI TUA DARIPADA KAU!"
"Hmph! Tank noob! Apa pendapat kau!? Siapa yang patut dapat mainan ini?" Drizzler memandang Zhang Yang sambil menyeringai seperti akan menyiat muka Zhang Yang.
Zhang Yang hanya tertawa kecil dan berkata, "Aku rasa kita patut jual saja mainan ini. Aku rasa barangan ini boleh dijual dengan harga beberapa ribu keping syiling emas! Memandangkan ada pemain yang kaya dalam permainan video ini, aku rasa mereka pasti mahu membelinya untuk menunjuk-nunjuk!"
Berdasarkan pengalamannya dalam bermain permainan video sebelum ini, peralatan merubah rupa ini terjual dengan harga 500,000 kepingan emas. Ini merupakan salah satu peralatan dengan kegunaan selain pertarungan dari Gua Tulang. Ia juga merupakan sebab bagi persatuan besar ingin meneroka kawasan ini. Segunung kepingan syiling emas menyamai segunung wang!
Mata Drizzler terus bersinar dengan kilauan berwarna emas apabila dia terdengar nilainya.
"Y-YYa! Kita jual sajalah!"
Kesudahannya, Si Salji mendapat peralatan tersebut untuk dijual di rumah lelong. Namun, Si Salji ingin berseronok dengannya sebelum dia menjualnya. Dia memakai topi tersebut dan mengaktifkan kesannya.
Poof!
Si Salji bertukar daripada seorang gadis seksi kepada seekor Harimau Tulang yang besar dalam sekelip mata.
"Wuuu…" Drizzler melihatnya dengan perasaan cemburu. "Kakak… aku rasa kita tak perlu jual mainan yang hebat ini!"
Akhirnya, Drizzler telah memikirkannya masak-masak dan pasukan tersebut mengambil keputusan untuk menyimpan barangan itu dan tidak menjualnya. Memandangkan barangan itu bukan barangan yang mesti diperolehi sesiapa, mana-mana ahli pasukan boleh menggunakannya pada bila-bila masa.
"Yang Kecil, aku rasa bila bos ini muncul semula, kita patut datang lagi dan bunuhnya! Setiap seorang kita patut mempunyai sebuah topi ini untuk berseronok!" Han Gemuk berkata dengan penuh bersemangat.
"Hah! Baiklah!" Zhang Yang mengangguk. Barangan dengan kegunaan selain pertarungan ini boleh memasuki pasaran dengan agak mudah satu hari nanti. Nilainya akan kekal tinggi kerana ia tidak perlu dibuang setelah pemain melepasi tahap tertentu. Pemain boleh menggunakan barangan ini tanpa mengambil kira tahap mereka kerana ia hanya barangan untuk berseronok. Bos tersebut akan muncul setiap 2 hari dan ini bermaksud mereka boleh mendapatkan beberapa ratus ribu kepingan emas setiap 2 hari. Semasa tempoh matang permainan video ini nanti, nilai kepingan emas itu menyamai beberapa ratus ribu wang.
[Buku kemahiran: Rantaian Hayunan] (Buku Kemahiran)
Kegunaan: Mengajar anda
Keperluan kelas: Pahlawan, Kesatria, Perompak.
"Eh… tank noob! Macam mana dengan kemahiran ini? Bagus tak?" Drizzler bertanya kepada Zhang Yang. Dia "pemain beta", jadi dia mesti tahu tentang kemahiran ini!
Zhang Yang tertawa dan menyerahkan buku kemahiran itu kepadanya dengan bersahaja. "Kau akan tahu bila kau belajar kemahiran ini nanti!"
Drizzler menjelir lidahnya dan berkata, "Hmph! Kemahiran ini mesti tiada gunanya sebab kau boleh berikannya kepada aku dengan begitu saja!"
"Huh!?" Zhang Yang ketawa. "Kenapa kau cakap begitu?"
"Hm. Masa buku kemahiran
[Rantaian Hayunan]: Melakukan dua serangan berturut-turut dengan 75% mata kerosakan jarak dekat setiap satu serangan. Serangan ini mengabaikan 100% mata pertahanan dan tidak boleh dihadang atau dielak. Kos: 20 Rage, Keperluan: Senjata jarak dekat. Tempoh bertenang: 10 saat.
"Eh?! Hebatnya kemahiran ini!" Drizzler menghantar penerangan kemahiran tersebut setelah dia mempelajarinya. Kemahiran tersebut memang sesuai dengannya memandangkan sela masa serangannya sangat rendah, tetapi serangannya sangat kuat. Kemahiran ini telah meningkatkan bilangan serangannya sebanyak 1 mata lantas membantu dalam meningkatkan keseluruhan output kerosakannya, lebih-lebih lagi memandangkan ia mengabaikan 100% mata pertahanan dan tidak boleh dihadang dan dielak. Kemahiran ini amat berguna apabila dia berdepan dengan pemain daripada kelas pertahanan yang kuat seperti Pelindung atau Pembela.
Zhang Yang tidak mempunyai apa-apa masalah untuk menyerahkan kemahiran itu kepada Drizzler kerana dia telah memperolehi
Selepas mereka mengumpul beberapa keping syiling perak, peti tersebut lenyap. Pasukan itu berjalan semula ke penghujung tingkat dua dan terjumpa jalan masuk ke tingkat seterusnya di tempat adanya sebuah batu besar sebelum ini.
"Adakah pintu masuk ini akan tertutup bila kita semua masuk ke dalam?" Han Gemuk bertanya soalan aneh itu.
"Tak! Melainkan bos kedua muncul semula, pintu masuk ini akan sentiasa ada di sini!" ujar Zhang Yang dengan yakin.
"Oh!" Han Gemuk berasa lega.
Zhang Yang memasuki kawasan itu dengan perlahan-lahan dan berhati-hati kerana dia hampir terbunuh di tingkat sebelum ini. Dia menjenguk ke dalam dengan berhati-hati dari pintu masuk tingkat tiga tersebut dan memeriksa kawasan itu sebelum melangkah masuk. Tingkat tiga itu kosong dan lengang. Tiada satu pun raksasa yang ada di situ.