Chereads / MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda / Chapter 22 - Mod Sangat Sukar

Chapter 22 - Mod Sangat Sukar

"Abang pakar, kita akan teruskan dengan Mod Sangat Sukar?" Kematian Bersalji memandang Zhang Yang dengan penuh harapan kerana dia bimbang Zhang Yang mungkin akan berkata tidak. Bukan dia sahaja memandangnya dengan penuh harapan, yang lain dalam pasukan itu juga turut sama.

Zhang Yang telah membuktikan kebolehan dirinya dan mungkin mampu menyelesaikan Mod Sangat Sukar! Bagi pemain permainan video seperti mereka, tiada kemenangan lain yang lebih indah selain daripada pengumuman pelayan yang berkali-kali mengisytiharkan nama mereka. 

Membayangkan teks merah yang berjela-jela daripada pengumuman pelayan sudah cukup mengujakan sesiapa dengan keseronokan tidak terhingga!

Zhang Yang tertawa dan berkata, "Sudah tentu!"

Mendengar janjinya itu, ahli pasukan yang lain tersenyum gembira.

"Tetapi aku perlu katakan sesuatu dulu!" ujar Zhang Yang, "Aku memerlukan resepi Pertukangan yang akan digugurkan Momorermo, bos tersembunyi Mod Sangat Sukar. Jika ada apa-apa bantahan, katakan sekarang supaya kita tidak akan ada masalah nanti!"

"Abang pakar, aku tiada masalah walaupun kau nak semua alat kelengkapan yang digugurkan, inikan pula resepi!" kata Kematian Bersalji dengan semangatnya.

Teks merah daripada pengumuman pelayan! Itu lebih mengujakan daripada mana-mana alat kelengkapan!

"Tak ada masalah!" jawab yang lain-lain.

"Baik, mari teruskan dengan Mod Sangat Sukar!" Zhang Yang mengubahsuai tahap kesukaran dungeon dan berkata, "Ayuh!"

Mereka bersepuluh memasuki jalan masuk dungeon Makam Bangar satu persatu untuk kali ketiga. 

'Ding! Anda telah memasuki Makam Bangar (Mod Sangat Sukar)!'

"Tsk tsk tsk, Mod Sangat Sukar. Pengumuman itu sahaja sudah cukup mengujakan!" Sami Ingkar tertawa dan berkata, "Adakah kita pasukan pertama memasuki Makam Bangar dalam Mod Sangat Sukar?"

"Betul rasanya!" ujar Kesedihan Lautan secara mengejut.

"Abang Zhan Yu, sejauh mana keyakinan kau dalam menyelesaikan Mod Sangat Sukar?" Harapan yang besar tersulam dalam nada bersahaja Api Merah itu. Sebagai seorang ketua persatuan, dia lebih terdesak berbanding yang lain untuk diumumkan sebagai orang pertama menyelesaikan Mod Sangat Sukar. Ini dapat membantu memasyhurkan nama persatuannya! 

Pada mulanya, Api Merah hanya mahu memerhati sendiri kebolehan Zhang Yang untuk memilih syarat sesuai untuk memasukkannya ke dalam persatuannya. Namun, kebolehan Zhang Yang dalam Mod Sukar telah membuat dia sangat kagum. Kalau dia boleh menyelesaikan Mod Sangat Sukar, ini memang akan menjadi kejutan hebat buat Api Merah! 

"Makam Bangar ialah dungeon pertama permainan video ini, jadi walaupun ia Mod Sangat Sukar, ia mungkin bukan sesuatu yang mustahil diselesaikan. Selagi kita bermain mengikut taktik, peluang kita menyelesaikan dungeon ini sangat tinggi!" Zhang Yang masih yakin dalam ucapannya.

Namun, Api Merah nampak terkejut, "Kedua-dua Tinggi Langit dan Pendominasi sedang bertarung dengan bos pertama dalam Mod Sangat Sukar dan aku dengar mereka telah ditewaskan lebih 10 kali. Bolehkah kita menyaingi mereka?"

Tinggi Langit dan Pendominasi ialah dua persatuan yang telah lama berada dalam permainan video dalam wilayah China. Kewujudan mereka yang diketahui ramai memang tidak dapat disangkal lagi dalam permainan atas talian yang lepas dengan rekod dungeon mereka yang cemerlang! Persatuan itu juga telah menghantar pemain utama mereka untuk menyertain permainan video ini selepas pelancaran 'Keajaiban Tuhan'. Walaupun Syurga yang Hilang ialah persatuan separa profesional yang ditaja, mereka boleh dianggap pesaing biasa berbanding Tinggi Langit dan Pendominasi. 

Zhang Yang tersenyum dan berkata, "Kita boleh buat!"

"Aku percaya pada abang pakar!" Kematian Bersalji terus menyatakan kepercayaannya yang sekukuh batu pada Zhang Yang.

Zhang Yang menghunus pedangnya dan berkata, "Baik, sedia untuk bertarung! Gunakan posyen sebanyak mana yang kau boleh, raksasa dalam Mod Sangat Sukar sangat ganas, dan kita perlu maksimumkan DPS kita!" Dia melangkah ke depan dan menggunakan kepada 6 raksasa yang berdiri di jalan masuk itu. Muncul '-70' yang menunjukkan serangan normal yang terkena pada salah satu raksasa itu.

Rage meningkat kepada 21 mata dan Zhang Yang menggunakan .

"-144!"

"-159!"

"-143!"

"-900!"

"-153!"

"-148!"

"Celaka!" Hari Bayangan tidak dapat lari daripada menyumpah melihat teks kerosakan "-900" yang muncul di atas kepala raksasa itu. Bukan sahaja dia, yang lain juga turut terkejut! 

Zhang Yang turut terkejut. Kerosakan teruk ini satu kebetulan yang disebabkan penggunaan berserta yang membawa kepada peningkatan keseluruhan sebanyak 600%!

boleh menyebabkan kerosakan 3 kali ganda berbanding serangan biasa dan kadar cetusannya ditentukan oleh atribut Tuah. 

Disebabkan pertahanan raksasa yang tinggi, kelas seperti Pencuri dan Pemburu yang bergantung kepada atribut Ketangkasan hanya boleh menyebabkan kerosakan biasa kerana serangan normal hanya boleh menyebabkan lebih kurang 10 kerosakan. Mereka hanya boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk dengan kemahiran menjampi, tetapi ia hanya akan menyebabkan paling tinggi 30-50 mata kerosakan. Apabila mereka melihat mata kerosakan 900 yang sangat tinggi itu, mereka semua memang terkejut. 

"Zhan Yu, aku bersyukur kau bukan Pemusnah! Kalau kau guna senjata dua tangan dengan tadi, kerosakan itu boleh mencapai 1,500!" Hari Bayangan menepuk dadanya lega dan dia tidak lagi membandingkan output kerosakan dengan Zhang Yang!

Zhang Yang tertawa dan berkata, "Naikkan DPS! Makin cepat kita selesaikan ni, makin cepat kita boleh selesaikan cabaran!"

Zhang Yang tidak menyuarakan pernyataan di mana 'Tampalan Pewarisan' akan dikuatkuasakan pada masa akan datang. Selepas penguatkuasaannya, setiap kelas akan ada peluang untuk mendapatkan 'Pewarisan'. Sebagai contoh, seorang Pahlawan akan mempunyai Semangat Pemain Pedang, Orang Gasar, Dewa Perang dan lain-lain untuk Pewarisan; Semangat Pemain Pedang akan meningkatkan 30% kerosakan apabila senjata berbentuk pedang digunakan dalam serangan. 

Pewarisan Dewa Perang ialah pewarisan yang paling hebat dan unik di mana hanya seorang dalam seluruh dunia yang boleh memperolehinya! Salah satu kesan Pewarisan Dewa Perang ialah ia boleh memberi Pelindung atau Pemusnah kebolehan untuk mendapatkan senjata dua tangan, senjata satu tangan yang boleh digunakan dua kali, atau perisai dalam slot!

Ini bermaksud selagi Zhang Yang dapat memperolehi Pewarisan Dewa Perang, dia masih boleh menggunakan senjata dua tangan atau senjata satu tangan yang boleh digunakan dua kali dengan serentak! Tetapi, tampalan itu hanya boleh digunakan apabila pemain telah mencapai Tahap 100. Itu sekurang-kurangnya mengambil masa setahun kemudian!

Semua orang menjadi bersemangat melihat kuasa kerosakan Zhang Yang. Setiap seorang mengenakan kerosakan sedaya yang mungkin. Mereka tahu yang mereka tidak akan setanding dengan orang hebat ini, tetapi mereka paling kurang tidak mahu kalah dengan orang lain!

Dengan pemikiran sebegitu, pasukan itu menewaskan gelombang makhluk suruhan dan akhirnya bertemu bos pertama, Cakar Hitam. 

Ini kali ketiga mereka bertemu dengan bos berwajah anjing itu!

[Cakar Hitam, Raksasa Penjaga Jalan Masuk Makam] (Bos Tembaga Hijau)

Tahap : 12

HP : 72,000

Berbanding Mod Normal, HP makhluk ini berganda dan keunikannya telah meningkat daripada Besi Hitam kepada Tembaga Hijau!

"Jahanam, itu lebih daripada 70,000 HP! Gila!" Han Gemuk mengelap air liurnya dan melihat babi putih peliharaannya yang hanya mempunyai 300 HP. Dia kemudian bertanya sedih. "Yang Kecil, bolehkah aku jadikan bos ini haiwan peliharaan aku?"

"Kau fikir?" Zhang Yang mengerling ke arah Han Gemuk dan berkata, "Bos ini masih tidak begitu sukar, ia hanya mempunyai serangan yang lebih tinggi dan boleh menyebabkan 400 kerosakan. Aku harap ia tidak akan kerap mensasarkan penyembuh kita!"

HP Zhang Yang telah mencapai 410 mata selepas memperolehi 'kepala anjing'. Selainnya, hanya Maharaja Api dan Kematian Bersalji sahaja yang mempunyai HP melebihi 400. Ini bermaksud ahli pasukan yang lain akan terus tewas sebaik sahaja terkena

Zhang Yang berfikir dan berkata, "Salji Lembut, tolong pastikan semua yang mempunyai 320 HP ke atas memperolehi . Abaikan sesiapa yang mempunyai HP lebih rendah dari itu!"

Memandangkan boleh menyerap 80 mata kerosakan, sesiapa yang mempunyai 320 HP ke atas masih boleh selamat selepas menerima dengan adanya perisai itu. Namun, sesiapa yang mempunyai kurang daripada 320 HP akan mati disebabkan serangan itu walaupun dengan adanya perisai tersebut. Menggunakan pada mereka hanya akan membazirkan MP.

"Ayuh!" Zhang Yang berjalan ke depan dan menggunakan kepada Cakar Hitam.

'-57!'

Pedangnya diayun dan teks kerosakan putih muncul di atas kepala bos itu.

Cakar Hitam pulih dengan cepat dan mengaum dengan kuat sambil menghayun kukunya untuk menyerang Zhang Yang.

Zhang Yang pantas mengelak sambil menghayun pedang dalam tangannya dan menggunakan serangan normal sekali lagi.

'-60!'

Zhang Yang menggunakan apabila Rage mencapai 29.

'-145!'

Zhang Yang tidak menggunakan kerana kelajuan serangan bos dalam Mod Sangat Sukar itu sangat tinggi. Dia sendiri tidak dapat memastikan pencapaian 100% kadar pengelakan, jadi dia hanya akan mengaktifkan apabila dia tidak mampu mengelak daripada serangan pada masa yang sesuai untuk melindungi dirinya. 

'Ding! Anda telah terkena (Tindanan 1). Semua kerosakan yang diterima meningkat 100%. Berterusan selama 12 saat!'

Tidak lama selepas itu, Zhang Yang telah ditindan beberapa .

Mereka yang lain telahpun memulakan serangan ke atas bos itu sebaik sahaja Zhang Yang menariknya.

Ding! Anda telah terkena (Tindanan 2). Semua kerosakan yang diterima meningkat 200%. Berterusan selama 12 saat!'

20 saat kemudian, Zhang Yang telah disasarkan tindanan kedua ! Serangan jarak dekat Cakar Hitam ialah lebih kurang 200 dalam Mod Sangat Sukar, jadi, ditambah dengan serangan balasnya, Zhang Yang telah kehilangan 600 mata kerosakan yang boleh serta-merta membunuhnya dalam satu sahaja serangan walaupun dengan 20% kemahiran pasif pengurangan kerosakan.

"Mudah?! Macam mana bos ni boleh ada kelajuan serangan setinggi ni!" ujar Hari Bayangan. Pada pendapatnya, dia sudah cukup hebat kalau dia mampu mengelak hanya satu daripada seratus serangan bos itu. Namun, nampaknya semakin laju bos ini menyerang, semakin pantas tindakan refleks Zhang Yang, seolah-olah had peningkatan teknik dan kemahirannya ialah langit!

Sebenarnya, Zhang Yang masih jauh dari mencapai potensi sepenuhnya, tetapi dengan kekangan alat kelengkapan dan Ketangkasan yang tidak mencukupi, dia hanya mampu beraksi setakat ini!

Selain Zhang Yang, ahli pasukan yang lain sangat bimbang sekiranya dia akan ditewaskan oleh bos itu pada bila-bila masa. Kebimbangan mereka menyamai mereka yang berjalan di atas tali tegang di mana sedikit kecuaian boleh memusnahkan segala-galanya!

Manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan. Zhang Yang bukan robot dan dia akhirnya melakukan kesilapan kecil. Dia hanya terlewat separuh langkah!

Separuh langkah yang boleh membawa maut!

Melihat kuku yang tidak dapat dielakkan itu menuju ke arah Zhang Yang membuatkan pasukan itu kecewa. Namun, mereka akhirnya berasa lega dan terfikir - Manusia tidak akan lari daripada melakukan kesilapan, kalau tidak mereka akan dianggap Dewa! 

'Ding! Anda telah menghadang serangan Cakar Hitam!'

'-39!' menunjukkan kerosakan.

'-204!' berjaya menyebabkan .

Zhang Yang telah menunjukkan serangan balas yang hebat di bawah pantauan mereka yang kurang mempercayainya. yang sebelum ini dia simpan telah digunakan pertama kalinya dan akhirnya menghasilkan serangan yang hebat!

"Mungkinkah semua ni?" Api Merah terpegun! Dia tahu yang 2 tanker dalam persatuannya tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk mengaktifkan apabila mereka gagal mengelak satu-satu serangan!

Selepas beberapa ketika menyerang ganas Zhang Yang, Cakar Hitam pusing dan meludahkan bisa hitam yang mensasarkan Ratusan Tembakan.

'Ding! Pemain Ratusan Tembakan telah mati!'

Ratusan Tembakan serta-merta dibunuh dengan 400 kerosakan yang teruk itu.

"Teruskan serangan! Kalau tidak, kita akan mati!" jerit Zhang Yang. Dia menghayun pedangnya dan terus menyerang raksasa itu.

90%, 80%... HP Cakar Hitam semakin berkurangan.

'Ding! Pemain Hari Bayangan telah mati!'

70%!

'Ding! Pemain Kesedihan Lautan telah mati!'

10%!

'Ding! Pemain Api Merah telah mati!'

Apabila HP Cakar Hitam hanya tinggal 10%, pasukan Zhang Yang hanya tinggal 3 pemain iaitu dirinya, Han Gemuk, dan Salji Lembut!

"Kau boleh!" sorak 7 pemain yang telah tewas itu.

8%, 7%, 6%, 5%!

'Ding! Pemain Si Kurus dan Kacak telah mati!'

"Gunakan semuanya, Salji Lembut, lupakan perisai dan penyembuhan, mari serang bersama-sama!" jerit Zhang Yang. Jika dia satu-satunya yang terselamat, bos itu pasti akan sasarkan dia. Dia pasti dia boleh mengelaknya dalam Mod Normal atau Sukar, tetapi kelajuan pengaktifan kemahiran bos dalam Mod Sangat Sukar ini sangat tinggi. Tambahan pula, jarak antara mereka terlalu dekat dan ia mustahil untuk dielak! 

Salji Lembut menurut dan terus membaca jampi .

4%, 3%!

'Ding! Pemain Salji Lembut telah mati!'

"Kau boleh!"

"Bunuhnya!"

"Pro, kau boleh lakukannya!"

Han Gemuk dan lain-lain sangat teruja dan menjerit sekuat hati mereka. Tiada seorang pun mahu melihat apa yang mereka sudah usahakan setakat ini sia-sia pada 1%.

2%!

1%!

Tiba-tiba, Cakar Hitam menghentikan serangan dan meludahkan bisa hitam!

"Bangsat!" Semuanya meraung di dalam hati mereka.

Zhang Yang kekal tenang dan terus menghayun pedang di tangannya dan membuat dua lagi serangan.

'-62!' Serangan Normal.

'-840!' , diikuti !

'Ding! Pemain Zhan Yu telah mati!'

'Ding! Pasukan anda telah membunuh Cakar Hitam!'

Dua notifikasi sistem berbunyi. Zhang Yang dan Cakar Hitam jatuh pada masa yang sama!