Kedua-dua Naga Hitam dan Unicorn Mitos berada di Gelanggang Ketua Tahap 150 dan juga antara yang terkuat dalam kalangan raksasa di peringkat mereka. Cubaan untuk membunuh mereka sangat susah untuk dilakukan, tetapi membunuh mereka lebih mudah berbanding menentang Calina.
Apa yang membuatkan Zhang Yang marah adalah Buku Terlaknat!
Buku Terlaknat ialah totem kaum hantu, tersimpan rapi di dalam Menara Roh Jahat yang terletak berhampiran tanah suci para hantu. Buku tersebut bukan sahaja dikawal ketat oleh kuasa pertahanan yang kuat, dalam menara itu juga terdapat satu makhluk terkuat dalam kalangan 7 Raja Ahli Sihir di alam hantu iaitu 'Raja Ahli Sihir Abadi', satu Ketua Kelas Dewa berada di atas Tahap 200, Madevitch. Cubaan untuk mendapatkan Buku Terlaknat daripada makhluk itu...
Namun, dia masih berharap semua ini akan berjalan lancar. Apa yang dia perlu lakukan ialah mendapatkan Buku Terlaknat, bukan untuk menewaskan Madevitch, Raja Ahli Sihir Abadi.
Jadi sekarang, dia tiada jalan lain lagi untuk meneruskan cabaran ini, dia terpaksa mengetepikan cabaran tersebut untuk seketika.
Pada mulanya, Zhang Yang menerima cabaran Menjejak Gnomes, cabaran wajib untuk masuk ke dungeon Makam Bangar. Cabaran tersebut sangat senang, dia perlu menyingkirkan 20 ekor Gnomes. Selepas melengkapkan cabaran itu, dia kemudian bertemu dengan Kapten Tentera Sorr. Lelaki pertengahan umur itu sangat terkejut dan tidak percaya akan kehadiran Gnomes di kawasan Istana Zamrud Putih!
Kemudian, WBP ini telah memberi cabaran berikutnya, 'Cari Sarang Mereka', Zhang Yang mengikuti semua arahan cabaran tersebut dan tiba di pintu masuk dungeon Makam Bangar. Semasa proses menyelesaikan dan menyerahkan cabaran, dia telah menerima cabaran terakhir daripada Sorr iaitu 'Serbuan' dan mendapat keizinan untuk masuk ke dungeon Makam Bangar.
[Serangan] (Tahap Kesukaran: A)
Huraian Cabaran: Anda telah menemui sarang Gnomes. Cari ketua mereka, Dadaerda. Mulakan serbuan dan bunuh makhluk dahsyat itu!
Perkembangan: Bunuh Dadaerda 0/1
Cabaran ini tidak memerlukan tahap kesukaran tertentu untuk membunuh Dadaerda, jadi sekiranya bos telah terbunuh semasa Mod Tegar, ganjaran akhir cabaran ini mungkin sama seperti ganjaran dalam Mod Normal.
Zhang Yang kembali ke pintu masuk dungeon sekali lagi dan ternampak sekumpulan 9 orang lelaki sedang menunggu di luar dungeon. Mereka memerhati Zhang Yang yang berjalan ke arah mereka bersama sebuah perisai di belakangnya, salah seorang daripada pemain itu segera menghantar mesej peribadi kepadanya, "Mod Normal Makam Bangar! Kami ada seorang tanker! Kami perlukan seorang lagi tanker baru, kau nak sertai kami?"
Hanya Pelindung dan Pembela sahaja yang boleh menggunakan perisai di dalam permainan, jadi pemain dapat mengenal pasti identiti kelas Zhang Yang dengan mudah walaupun profil diri disembunyikan.
Mod Sukar dan Mod Tegar boleh dimainkan sekali sehari sahaja tetapi Mod Normal tiada had masuk. Zhang Yang perlu menyimpan kemasukan dungeon ini sehingga Si Gemok Han bermain bersamanya, jadi dia hanya boleh menggunakan Mod Normal bersama pasukannya sekarang. Dia memikirkan perkara tersebut dan membalas, "Ajak aku!"
"Ding! Seluar Pendek Berbunga mengajak anda untuk menyertai pasukannya. Adakah anda terima ajakan tersebut?"
"Terima!" Zang Yang menekan 'Pasti'.
"Ding! Anda telah menyertai pasukan itu. Ketua pasukan: Seluar Pendek Berbunga. Mod agihan: Lontar Dadu."
Mod agihan merujuk kepada cara agihan apabila item bergred putih dan ke atas diturunkan. Mod Lontar Dadu ialah pilihan biasa kebanyakan pasukan di mana item tersebut akan pergi kepada pemain yang melontar nombor tertinggi secara automatik.
Selain Lontar Dadu, terdapat juga Pengagihan Ketua (ketua pasukan akan memutuskan siapa yang akan menerima harta rampasan) dan Harta Rampasan Individu (siapa cepat, dia dapat).
Zhang Yang perasan dalam 9 orang pemain itu, Seluar Pendek Berbunga dan 3 orang pemain lain berasal dari persatuan Megah, manakala 2 lagi pemain masing-masing berbeza persatuan dan selebihnya tidak mempunyai persatuan seperti Zhang Yang.
"Sial, tangker ini ada 350 HP sahaja. Dia tak berguna! Bunga, keluarkan dia!" cemuh seorang Ahli Sihir bernama Nasihat Bermaruah apabila melihat mata HP Zhang Yang.
"Ding! Anda telah terkeluar daripada pasukan!" Zhang Yang telah menerima satu pemberitahuan sebaik sahaja dia dibuang.
Zhang Yang sangat terkejut. Ahli-ahli Pasukan Megah ini terlalu sombong, mengusir seseorang tanpa berfikir dua kali! Rasa marah mula timbul tetapi dia cepat menggelengkan kepala. Kenapa perlu berfikiran sempit dan merendahkan maruah diri sama seperti pemain bodoh itu?
Sebaik sahaja dia hendak pergi, penglihatan Zhang Yang terpaku kepada seorang pemain yang tidak menyembunyikan namanya, "Ratusan Tembakan, Dwarf Lelaki, Pemburu Haiwan, Tahap 10".
Itu dia!
Zhang Yang masih ingat dengan jelas Pemburu Haiwan ini merupakan karakter terhebat dalam kehidupan lepasnya, dan berada di kedudukan pertama dalam senarai 10 teratas Pemburu Haiwan! Dengan hanya melihat kemahiran dirinya, dia bukanlah pemain yang terbaik. Namun, nasibnya amat baik sehingga dia mampu mendapat seekor Anak Naga Marah sebagai haiwan peliharaannya!
Naga, salah satu raksasa yang paling berkuasa dalam 'Keajaiban Tuhan', walaupun menjadi haiwan peliharaan kepada pemain dan hilang kemahiran membunuh yang membinasakan, makhluk ini masih dianggap sangat kuat! Dengan pertolongan naga peliharaannya, Ratusan Tembakan mampu menempatkan dirinya dalam kedudukan sepuluh teratas dan terus berada di tempat pertama. Para pemain menggelarnya sebagai 'Pemburu Naga', sekalipun ada pemain yang memiliki phoenix sebagai haiwan peliharaan mereka masih tidak dapat mengatasi kuasanya!
Bagaimana Ratusan Tembakan mendapat naga peliharaannya itu, masih menjadi tanda tanya dan dia sangat berahsia. Selepas itu, Pemburu Haiwan lain tidak berhenti mencuba untuk mengetahui kaedah mendapatkan haiwan peliharaan sebegitu tetapi tidak berjaya memperolehi sebarang petunjuk. Pemburu Naga, itulah dia!
Hingga kini, seorang yang berkemahiran tinggi ini masih jauh daripada kemasyhurannya. Di sisinya, kelihatan seekor babi peliharaan yang sedang menggoyangkan punggungnya. Riak wajahnya bersahaja tanpa bakat yang meyakinkan, kelihatan seperti kebanyakan pemain lain.
Tidak pernah terlintas dalam fikiran Zhang Yang yang dia akan bertemu dengan seorang pemilik kemahiran luar biasa pada hari kedua dia bermain permainan tersebut. Jika dia berjaya mengajak Ratusan Tembakan untuk turut serta bersamanya, dia akan beroleh satu langkah besar untuk mara ke hadapan demi impiannya iaitu menakluki Liga Kelas-S.
Tambahan pula, Ratusan Tembakan masih seorang pemain biasa, waktu ini merupakan masa terbaik untuk mendekati dirinya!
"Hey, kami masih kekurangan seorang ahli. Anggap ini sebagai satu pertolongan. Kami akan bawa anda atas dasar kebaikan!" Seluar Pendek Berbunga tiba-tiba menghantar mesej peribadi. Dalam mesej itu, terkandung undangan untuk menyertai pasukannya.
Reaksi Zhang Yang pada mulanya ingin menolak undangan tersebut, tetapi selepas dia nampak Ratusan Tembakan yang juga menyertai pasukan itu, dia segera menukar fikiran dan memilih 'Terima'.
Kembali ke pasukan itu, Zhang Yang mengambil masa dan memerhati struktur pasukan itu: 1 Pembela (Tanker Utama), 1 Kesatria Suci (Penyembuh), 2 Pemburu (DPS), 2 Pencuri (DPS), 2 Ahli Sihir (DPS) dan 1 Paderi (Penyembuh).
HP milik Pembela tanker utama sangat tinggi, berjumlah sebanyak 700 HP. Namun, dengan pengalaman bermain selama 3 tahun, Zhang Yang sepintas lalu dapat mengenal pasti dengan mudah perisai yang dipakai oleh pemain persatuan Megah ini, Bulu Dada Berapi, adalah keganjilan Keluli-Hitam. Peralatannya yang lain hanyalah keganjilan Kayu-Putih sahaja!
Kebanyakan keganjilan peralatan Kayu-Putih, selain daripada sut perisainya, tidak akan menyumbang kepada bonus Atribut, HP Pembela ini sudah meningkat sepenuhnya oleh PA yang sedia ada. Hal ini bermakna 50 PA yang diperoleh semasa perjalanannya ketika di Tahap 10 telah dilaburkan dalam Daya Tahan. Apabila peningkatan Atribut semasa mara ke tahap lain tambah 50 HP yang dimiliki di Tahap 1, jumlahnya bertambah sebanyak 650 HP!
Akhir sekali, dengan adanya 5 mata bonus Daya Tahan daripada perisai keganjilan Kelulu-Hitam, apabila dicampurkan semua sekali menjadi maksima 700 HP.
Pelaburan Daya Tahan juga dikenali sebagai Pelaburan Darah Lembu. Oleh kerana peralatan pemain pemula amat lemah, PA yang diperolehi semasa peningkatan tahap akan menjadi sokongan utama bagi Atribut tanker. Walau bagaimanapun, bermula daripada keganjilan Tembaga-Hijau dan ke atas, bonus Atribut yang telah dibekalkan sudah cukup untuk menyamai PA; daripada keganjilan Perak-Kelabu dan seterusnya, bonus Atribut boleh melebihi PA yang dimiliki suatu karakter, jadi apabila permainan semakin berkembang peralatan ini akan menjadi perkara penting kepada pemain.
Namun begitu, sebagai seorang tanker, dia perlu berupaya untuk menahan serangan ketika menentang aggro seekor raksasa. Jika tidak, bos yang akan menghapuskan semua pemain, dengan HP yang begitu tinggi, bagaimana hendak menandingi seekor bos?
Senjata tanker ialah tukul sebelah tangan gred Putih yang dibeli di Tahap 10, berkemungkinan mempunyai 7-13 Jarak Serangan Senjata, tetapi kerana dia menambah semua PA miliknya dengan cara Darah Lembu, dia hanya boleh mencecah 15 Kekuatan dan kerosakan jarak dekat dalam lingkungan 22-28 mata.
Raksasa biasa Tahap 10 memiliki 10 mata pertahanan, manakala Elit mempunyai 15 mata dan Ketua akan ada 20 mata. Jika dia dapat mengenakan 7 - 13 kerosakan sahaja pada Elit, bermakna dia hanya boleh membuat 2 - 8 kerosakan pada bos. Hal ini bermakna aggro hampir mustahil untuk digunakan!
Jika dibandingkan, pedang Zhang Yang sahaja boleh menahan 16 - 24 kerosakan. Apabila ditambah 60 mata pada atribut kekuatan bermakna kerosakan jarak dekatnya boleh mencecah 76 - 84 mata yang menakutkan!
"Hey Pelindung tak guna, belajar dan lihat. Kami hanya tolong kau di sini. Jangan rosakkan keadaan dan menyebabkan kami semua mati!" Bebel Nasihat Bermaruah.
"Jangan hiraukan mereka. Mereka ini semua mulut longkang. Tak berbaloi bergaduh dengan mereka!" Zhang Yang menerima mesej peribadi, dihantar oleh: Ratusan Tembakan.
Zhang Yang tersenyum, dia baru sahaja ingin menghampirinya dan cepat-cepat membalas, "Mm, aku akan melayannya seperti mereka telah kentut!"
"Haha, kau betul! Mereka hanya sekumpulan kanak-kanak busuk!" Ratusan Tembakan segera membalas.
"Baiklah, sekarang kita sudah berkumpul, mari masuk ke dungeon. Masa tidak menunggu kita!" umum Seluar Pendek Berbunga dalam saluran pasukan. "Kelajuan! Cepat!"
Kesemua 10 pemain masuk ke dungeon itu secara bergilir-gilir. Keadaan tiba-tiba berubah dan mereka telah sampai di gua bawah tanah yang malap. Dari jauh, kelihatan 6 ekor Gnomes hijau dan berbentuk aneh. Mereka tidak mempunyai mata kecuali telinga yang besar.
[Askar Gnomes] (Elit)
Tahap : 10
HP : 5000
"Bulu, pergi!" kata Seluar Pendek Berbunga di dalam saluran pasukan. "Pelindung, bersiap-sedia. Jika ada seseorang OT, pastikan dia dapat dikawal! Paderi! Kesatria Suci! Kamu berdua fokus untuk sembuhkan tanker!"
Walaupun kedua-dua Pelindung dan Pembela dianggap sebagai tanker, kedua-dua kelas ini jelas mempunyai gaya serangan yang berbeza.
Pembela memiliki lebih banyak kemahiran menyerang AoE, mereka lebih sesuai di gelanggang yang mempunyai banyak raksasa yang kecil. Kemahiran imuniti sihir juga lebih baik, suatu kelebihan kepadanya semasa berhadapan dengan ketua yang mempunyai ilmu ghaib.
Tangan kiri membawa sebuah perisai dan tangan kanan memegang sebiji tukul perang, Bulu Dada Berapi mara beberapa langkah ke hadapan dan dengan megah membuang perisainya.
Tindakan tersebut bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi sebenarnya proses mengaktifkan kemahiran Pertahanan yang dipanggil