'Sebaik sahaja komander mereka tewas, orang bawahan akan mengambil alih memimpin tentera yang sudah pun porak-peranda. Mereka berhadapan dengan musuh berkuasa dan mencapai kemenangan yang tidak dapat dibayangkan! Benar, inilah erti sebenar seorang wira!' Leylin mengangguk dalam diam.
Proses pemikirannya berdasarkan beberapa model melodramatik ddi alam kehidupan sebelumnya namun ia muncul menjadi begitu popular dalam dunia ini juga. Selepas menenangkan para askar dan melepaskan diri daripada Rafiniya, Leylin meninggalkan kem kononnya ingin menyiasat situasi yang berlaku.
"Tuan muda!" Tiff muncul daripada bayang-bayang.
"Mm, kau telah melakukan dengan baik. Apakah hasil yang kau perolehi?" Leylin bertanya dengan tenang.