Ngauman dan lolongan makhluk di kawasan sekeliling membuatkan semua orang berasa resah.
Lanshire ketawa seperti diserang histeria, "Hah! Kamu semua akan mati bersama aku! Kamu semua tidak akan dapat menewaskan makhluk jadian itu! Setiap seorang daripada kamu akan dicarik dan kemudian dilahap; roh kalian semua akan terkurung di neraka!"
Selepas menghamburkan sumpahan jahatnya, wajah Lanshire kemerah-merahan dan darah segar menyembur keluar dari mulutnya. Auranya lenyap terus apabila dia mati.
"Jangan pedulikan dia! Dengan cakap aku, aktifkan formasi pertahanan." Melihatkan keadaan Aulen yang tidak berapa baik, Leylin segera mengambil alih memberi arahan.