Sebaik sahaja lelaki itu pergi, semua askar upahan mempunyai riak terpaksa pada wajah mereka. Hanya Rafiniya sahaja yang ceria sambil mengeluarkan pedangnya dengan riak tidak sabar pada wajahnya. "Akhirnya kita berpeluang untuk bertempur?"
Ekspresi wajahnya itu menyebabkan komradnya tidak berpuas hati. "Jika begitu, awaklah orang pertama yang mengawal pada malam ini!" Leylin berkata dengan kasar, melemahkan tenaganya. Old Pam tidak berani bersuara namun dalam diam dia memuji Leylin.
Melihatkan Rafiniya mendengus marah dan berpatah semula ke dalam kereta kudanya, Leylin dan yang lain tersenyum selamba. Cuma, senyuman Leylin agak menggerunkan ketika dia menoleh ke arah di mana Rafiniya pergi.
'Ini… Rasanya seperti sesuatu bakal berlaku…'
…..